awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengembara dari Indonesia tiba di Malaysia catat kes positif tertinggi COVID-19

Fareez Azman
Fareez Azman
28/08/2020
08:30 MYT
Pengembara dari Indonesia tiba di Malaysia catat kes positif tertinggi COVID-19
Dr Noor Hisham memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan media pada Jumaat. Gambar/ BERNAMA
Seramai 904 daripada 106,793 individu yang tiba di Malaysia melalui pintu masuk antarabangsa dikesan positif COVID-19, dengan kes dari Indonesia merekodkan bilangan tertinggi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan berkata jumlah itu mewakili 0.85 peratus daripada jumlah keseluruhan mereka yang tiba sehingga semalam.
"Tiga negara yang mencatatkan kes tertinggi adalah dari Indonesia iaitu sebanyak 295 kes (32.6 peratus), diikuti Mesir (93 kes) (10.3 peratus) dan Singapura (70 kes) (7.7 peratus)," katanya.
Dr Noor Hisham berkata, Malaysia akan terus memperketatkan aktiviti kesihatan awam di PMA negara bagi memastikan jangkitan COVID-19 dari luar negara dapat disekat.
Katanya, semua individu yang tiba di negara ini perlu menjalani saringan kesihatan, pengambilan ujian swab dan memuat turun aplikasi MySejahtera selain menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sempena Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, KKM menasihatkan semua pihak mengelak menghadiri perhimpunan besar-besaran dan mengikut norma baharu.
"Cuti hujung minggu ini adalah panjang (sempena Hari Kemerdekaan). Justeru, masyarakat disarankan untuk mengelakkan hadir ke sebarang perhimpunan besar-besaran dan mengikut norma baharu.
"KKM juga menekankan bahawa pemakaian alat pelitup muka adalah diwajibkan di tempat yang sesak dan sempit oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020," katanya.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#individu
#Indonesia
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Majlis Keselamatan Negara
#Mesir
#Pengembara
#Pintu Masuk Antarabangsa
#positif COVID-19
#rakyat
#Singapura
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan