awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengendali bangunkan rangkaian 5G kedua diumum beberapa minggu lagi - Fahmi

Bernama
Bernama
04/09/2024
00:15 MYT
Pengendali bangunkan rangkaian 5G kedua diumum beberapa minggu lagi - Fahmi
Fahmi menyaksikan pelancaran kempen 'Kita Bagi Jadi' oleh CIMB dan MyCreative Ventures, dengan kerjasama Malaysian Philharmonic Orchestra, di Kuala Lumpur semalam. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengendali yang akan terlibat untuk membangunkan rangkaian 5G kedua dijangka diumumkan beberapa minggu lagi, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata pembangunan rangkaian 5G kedua itu kini dalam fasa minggu terakhir sebelum Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memuktamadkan penelitian mengenai proses tender yang bermula 1 Ogos lepas.
"Kita jangka dalam masa beberapa minggu ini satu pengumuman dapat dibuat mengenai siapa yang akan terlibat dalam membangunkan rangkaian 5G kedua," katanya pada sidang media selepas menyaksikan pelancaran Kempen CIMB Bank Bhd 'Kita Bagi Jadi' di sini semalam.
Menurutnya beberapa prinsip telah diketengahkan dan dipersetujui oleh semua syarikat telekomunikasi sebelum mereka memiliki pegangan saham dalam Digital Nasional Bhd (DNB).
Antara prinsip itu adalah DNB perlu mampan, dan perkhidmatan yang diberikan oleh rangkaian kedua tidak seharusnya lebih mahal berbanding apa yang disediakan DNB, katanya.
"Selain itu, mutu perkhidmatan mesti sebaik yang disediakan DNB atau lebih baik daripada itu. Saya telah serahkan kepada MCMC untuk meneliti perkara ini," katanya.
Pada 15 Ogos lepas, Fahmi berkata empat pengendali rangkaian mudah alih (MNO) telah mengemukakan bidaan masing-masing kepada MCMC untuk mengambil bahagian dalam rangkaian 5G kedua.
Fahmi berkata MNO itu adalah CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd, Telekom Malaysia Bhd dan U Mobile Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#rangkaian 5G
#5G Kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan