awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengendali lapangan terbang, pelabuhan dibenar optimumkan tenaga kerja

Bernama
Bernama
24/05/2021
12:49 MYT
Pengendali lapangan terbang, pelabuhan dibenar optimumkan tenaga kerja
Pengendali lapangan terbang dan pelabuhan dibenar mengoptimumkan tenaga kerja untuk memastikan aktiviti import dan eksport tidak terjejas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Pengendali lapangan terbang dan pelabuhan dibenar mengoptimumkan tenaga kerja untuk memastikan aktiviti import dan eksport tidak terjejas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Memandangkan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengehadkan tenaga kerja sektor swasta kepada 60 peratus dalam usaha membendung penularan COVID-19, Wee berkata penghantaran barangan melalui lapangan terbang dan pelabuhan di seluruh negara ke destinasi dikehendaki tidak boleh dipengaruhi atau terhalang untuk memastikan bekalan mencukupi.
"Justeru, saya mengarahkan pihak berkuasa dan pengendali lapangan terbang serta pelabuhan untuk mengoptimumkan petugas operasi kepada keperluan tertentu sahaja bagi memastikan aktiviti import dan eksport tidak terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0," katanya dalam kenyataan hari ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 Mei mengumumkan pelaksanaan PKP di seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun dalam usaha mengekang penularan jangkitan wabak COVID-19.
Pada 22 Mei, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penambahan sekatan untuk mengetatkan SOP pelaksanaan PKP 3.0, antaranya membenarkan 40 peratus tenaga kerja di sektor swasta dan 80 peratus di sektor awam untuk bekerja dari rumah (BDR).
Wee berkata, Kementerian Pengangkutan akan terus memantau situasi dengan teliti untuk memastikan pergerakan barang dan kargo tidak terjejas dan mengurangkan kejutan terhadap pasaran secara umum.
"Semua pekerja lapangan terbang dan pelabuhan diingatkan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk memakai peralatan perlindungan diri (PPE), menjaga penjarakan fizikal dan mengimbas kod QR MySejahtera di tempat diperlukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengendali lapangan terbang
#pelabuhan
#tenaga kerja
#import dan eksport
#Wee Ka Siong
#MKN
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan