Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggesa operator stesen kereta api dan tren agar lebih peka terhadap keselamatan penumpang OKU serta warga emas yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Ini susulan kejadian yang menimpa seorang OKU penglihatan yang terjatuh di landasan Monorel KL Sentral Ahad lalu.
Pengerusinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang kesal dengan kejadian itu mahu setiap petugas stesen menerima latihan berkaitan Kesaksamaan Hilang Upaya (DET) dan Latihan Khidmat Berkaitan Hilang Upaya (DRST) agar ia menjadi pengangkutan awam mesra OKU dan warga emas.
Rohani berkata latihan itu perlu diperluaskan kepada semua petugas yang terlibat secara langsung dengan pengguna seperti petugas kaunter dan anggota polis bantuan.
“Ciri-ciri keselamatan di setiap stesen kereta api dan tren perlu dipertingkatkan.
“Operator yang mengendalikan stesen kereta api, Monorel, Komuter dan MRT perlu menjalani latihan DET dan DRST ini untuk mereka merasai bagaimana menjadi OKU ketika menggunakan pengangkutan awam,” katanya.
Beliau juga mencadangkan agar pertambahan sukarelawan di stesen kereta api dan tren perlu dilakukan bagi menjaga keselamatan golongan OKU dan warga emas dengan lebih efektif.
Pada 12 November lalu, seorang OKU penglihatan, Mohd Hanapiah Yeop Shaharudin, 49, terjatuh di landasan Stesen Monorel Kl Sentral menyebabkan mangsa sehingga kini terlantar Di Wad Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.
Setakat ini, sebanyak 17 kes seumpama itu dilaporkan sejak 2014.
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat MKBOKU bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi membincangkan isu keselamatan OKU menggunakan pengangkutan awam.
Azyyati Ahmad
Thu Nov 23 2017

Rohani mahu setiap petugas stesen kereta api dan tren menerima latihan DET dan DRST. -Gambar fail

Piala Sumbangsih 2021 | JDT pertahan kejuaraan empat tahun berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul pemenang Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2021 selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC, 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.

Politik | PH dakwa agensi kerajaan 'senjata politik'
Majlis Presiden Pakatan Harapan mengecam sekeras-kerasnya penyalahgunaan agensi-agensi kerajaan sebagai senjata politik bagi mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen pembangkang terhadap Kerajaan Perikatan Nasional. Menerusi satu kenyataan media, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mendakwa terdapat siri tindakan agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi lain memberi tekanan terhadap Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang, pegawai-pegawai malah ahli keluarga mereka.

Kemalangan | Mayat remaja ditemui terapung bawah jambatan
Kehilangan seorang remaja lelaki sejak Rabu terjawab selepas mangsa ditemui meninggal dunia di bawah jambatan Kampung Teladas, Kemaman. Mayat Muhammad Ammar Izzat Zainuddin, 16 tahun, ditemui terapung dan tersangkut pada timbunan kayu di sungai berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah malam Khamis.

AWANI Ringkas: Jangan pilih, persoal jenis vaksin | Isu Sajat, Ibu Yati antara yang bakal dibincang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (11:00PM).

Kematian | Setiausaha UMNO Kubang Pasu meninggal dunia
Setiausaha UMNO Bahagian Kubang Pasu ditemui pengsan sebelum disahkan meninggal dunia ketika melakukan aktiviti motocross di atas bukit berhampiran Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok pada Jumaat. Nor Azelin Mansor, 53 tahun, ketika itu sedang melakukan aktiviti itu bersama rakan-rakannya sekitar jam 2 petang.

Hal Ehwal Islam | Isu Sajat, Ibu Yati antara yang bakal dibincang
Kerajaan akan mengadakan pertemuan beberapa jabatan bagi membincangkan isu berkaitan agama Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia turut melibatkan kontroversi usahawan kosmetik Nur Sajat dan Ibu Yati.

Ubah Suai Kenderaan | Pengubah suai kelajuan, bunyi motosikal ditahan
Kelicikan seorang mekanik muda mereka cipta perisian dan aplikasi haram, bagi meningkatkan keupayaan kelajuan serta mod bunyi motosikal, membawa padah apabila berjaya dikesan pihak polis. Ia selepas motosikal jenis Yamaha Y15ZR atau 'Ysuku' milik lelaki berusia 24 tahun itu yang diubah suai dengan kos lebih 20 ribu ringgit, ditahan di Ayer Molek, Melaka pada Jumaat.

Faiz Subri sah milik Kuala Kangsar FC
Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri akhirnya sah menjadi milik pasukan Kuala Kangsar FC atau KKFC yang akan bersaing dalam Liga M3 musim 2021 bermula Jun depan.
![[INFOGRAFIK] Kluster Baharu (5 Mac 2021) [INFOGRAFIK] Kluster Baharu (5 Mac 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893899/42418327751614962125831_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster Baharu (5 Mac 2021)

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 05 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Gajet masa untuk lupa, cuti selesa - Masjid kongsi rahsia
Bagi ibu bapa dan penjaga yang mahu ceraikan kanak-kanak dan remaja dari terlalu melekat dengan gajet agar cuti menjadi ceria, MICF hujung minggu di Masjid Wilayah ada acaranya.

Romantik! Ayat 'cair' Tun Mahathir dalam gambar pertama di Instagram
Tun Dr Mahathir Mohamad masih sempat membuka akaun Instagram rasminya bersama Tun Dr Siti Hasmah.

Pengendali tren, rel perlu lebih peka keselamatan OKU, warga emas - Rohani
Operator stesen keretapi dan tren lebih peka terhadap keselamatan penumpang OKU serta warga emas yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Che Det, kamu tidak akan berseorangan - Che Ta
Aktres jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selain menyatakan bekas Perdana Menteri itu tidak pernah berseorangan.