SHAH ALAM: Tiga individu termasuk dua pengurusan tertinggi Aman Palestin Bhd (Aman Palestin) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 164 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram, penipuan dan pecah amanah bernilai kira-kira RM39.53 juta, hari ini.
Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abd Rahman, 58; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aman Palestin, Awang Suffian Awang Puit, 52; serta pengarah sebuah syarikat pelaburan, Khairudin Mohd Ali, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.
Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.
Berdasarkan pertuduhan, Abdullah Zaik dan Awang Suffian masing-masing didakwa atas 52 pertuduhan pecah amanah harta milik Aman Palestin bernilai RM20,946,498.80 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda, jika disabitkan kesalahan.
Mereka juga didakwa secara bersama bagi 19 pertuduhan penipuan dengan memperdayakan Aman Palestin menyerahkan wang keseluruhan RM39,150,000 kepada Samudra Champa Sdn. Bhd (Samudra Champa) bagi pembelian emas seberat dua hingga 12 kilogram (kg).
Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda.
Kedua-dua mereka sebagai Pengarah Samudra Champa turut menghadapi 19 pertuduhan masing-masing kerana menggunakan hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM12,833,772.16
Ini bagi pembelian rumah kedai dua dan tiga tingkat serta semi-D antaranya di Kajang, Selangor selain Batu Pahat, Johor dan Kangar, Perlis serta Kota Kinabalu di Sabah.
Selain itu, wang berkenaan juga digunakan bagi pembelian empat lot tanah masing-masing di Hulu Selangor dan Batang Kali selain kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.
Sementara itu, Khairuddin pula didakwa atas tiga pertuduhan yang sama berjumlah RM6,038,016.60.
Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) dibaca bersama Seksyen 87(1) akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda atau nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta mengikut mana lebih tinggi.
Kesemua perbuatan tersebut dilakukan di empat cawangan bank dan pejabat Aman Palestin di Bandar Baru Bangi dekat sini antara 2018 hingga 2023.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Akram Gharib, Wirna Rifin @ Arifin, Nurul Atiqah Mohamad Alias dan pegawai pendakwa SPRM Farhana Ismail.
Semua tertuduh pula diwakili peguam Siti Mardhiyyah Zamani.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM1 juta bagi Awang Suffian dan Abdullah Zaik manakala Khairudin (RM200,000) dengan seorang penjamin.
Semua mereka perlu membayar separuh daripada nilai jaminan itu pada hari ini dan bakinya sebelum 13 Mac.
Hakim turut mengarahkan mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Sebutan semula kes bagi kesemua tertuduh ditetapkan pada 13 Mac.
Pia Ernadya
Thu Feb 15 2024
Abdullah Zaik dibawa ke mahkamah oleh pegawai SPRM hari ini. - Gambar/ Dagang News
[TERKINI] Pendaki Malaysia maut ketika daki gunung tertinggi Amerika Utara
Seorang daripada tiga pendaki Malaysia maut ketika mendaki Gunung Denali, Alaska yang merupakan puncak tertinggi di Amerika Utara.
Hamas perlu terima cadangan Biden demi keamanan - Menteri Luar UK
Selain Biden, Menteri Luar UK, David Cameron membawa nada yang sama bahawa Hamas mesti menerima cadangan perang Gaza yang diumumkan Presiden Amerika bagi pihak Israel.
Hamas bersedia berurusan secara positif dengan Israel
Hamas dalam satu kenyataan mengesahkan kesediaannya untuk berurusan secara positif terhadap kandungan cadangan gencatan senjata kekal tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
KBS lulus RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai
MIMAC yang sedang berlangsung bermula semalam hingga esok, turut menerima GPS sebanyak RM200,000 daripada KBS.
AWANI Pagi: Memahami akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pindaan) 2022
Diskusi 8.30 pagi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, untuk memahami pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 pada 2022 yang akan berkuatkuasa hari ini, bagi menjamin keselamatan pekerja.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
Neville nasihat Manchester United kekalkan Ten Hag
Khabar angin bertiup sejak beberapa bulan lalu bahawa Ratcliffe dan INEOS bakal memutuskan untuk memecat Ten Hag selepas EPL berakhir.
Pendaki Malaysia maut di gunung tertinggi Amerika Utara
Zulkifli Yusuf disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field'.
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.
Islam ada kejutan buat Poirier
UFC 302 yang berlangsung di Newark, New Jersey, pada Ahad turut menyaksikan 'kepulangan' Khabib Nurmagomedov ke Oktagon.
SPRM: Siasatan Aman Palestin masih berjalan
Pegawai forensik SPRM sedang meneliti dokumen (kewangan) yang diperoleh daripada Aman Palestin dari 2020 hingga 2022.
Aman Palestin lancar kempen 'Ramadan Bersamamu', sasar kutipan RM12 juta
Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata kempen kali ini bakal memberi manfaat kepada lebih 138,000 rakyat di negara terbabit.
COVID-19: Ini senarai tabung bantuan dan bagaimana anda boleh sumbang
Masuk hari ketujuh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan menyaksikan ramai pihak memberikan sumbangan samada dalam bentuk kewangan dan barangan.