KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Bhd (BCorp), Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun melepaskan jawatannya berkuat kuasa hari ini, dan akan kekal sebagai ahli lembaga pengarah sebagai pengerusi bukan eksekutif.
Pengunduran itu sejajar dengan visi Tan untuk mentransformasikan BCorp Group kepada syarikat yang diinstitusikan serta diuruskan oleh golongan profesional, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Ia berkata, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Abdul Jalil Abdul Rasheed telah diberikan mandat untuk mengubah kumpulan itu menjadi sebuah organisasi berprestasi tinggi dengan memperkemaskan pelbagai kumpulan perniagaan, meningkatkan nilai pemegang saham, mengoptimumkan sumber manusia dan kewangan, meningkatkan sinergi dan kecekapan serta meningkatkan tadbir urus korporat dan ketelusan.
Dalam satu kenyataan, Tan menzahirkan keyakinan terhadap Jalil dan Timbalan Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Robin Tan untuk menerajui BCorp Group, dan kumpulan itu berada pada pihak yang berwibawa dan mampu membawanya ke tahap yang lebih tinggi.
“Ia juga penting memberikan ruang dan kebebasan kepada Jalil untuk menerajui dengan caranya yang tersendiri.
“Saya kini boleh berundur daripada penglibatan seharian yang aktif dalam perniagaan kumpulan ini dan menumpukan lebih banyak masa dan tenaga dalam inisiatif kebajikan dan kepentingan lain,” katanya.
Sementara itu Jalil, yang akan memanfaatkan tiga bulan pertama untuk melakukan tinjauan strategik ke atas BCorp Group berkata beliau kini sedang bekerjasama dengan Robin Tan dan lembaga pengarah BCorp bagi memulakan proses peralihan dan membawa visi masa depan Vincent Tan ke mercu kejayaan. – Bernama
Bernama
Mon Apr 05 2021
Tan menzahirkan keyakinan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Abdul Jalil Abdul Rasheed dan Timbalan Pengerusi Eksekutif, Datuk Seri Robin Tan untuk menerajui BCorp Group. - Gambar fail
'Fu Bao' buat kemunculan pertama di kampung halaman
Fu Bao iaitu panda gergasi pertama yang dilahirkan di Korea Selatan membuat kemunculan pertama pada orang ramai, kali pertama sejak ia kembali ke kampung halamannya di wilayah Sichuan. Kepulangan Fu Bao di 'rumah' baharunya, pusat panda Shenshuping itu disambut meriah orang ramai termasuk pengamal-pengamal media.
Tiga pegawai polis cedera akibat ditembak ketika bertugas
Tiga pengawai polis ditembak semasa melakukan tugas manakala suspek juga dilaporkan cedera susulan kejadian itu
Cuaca panas memaksa Acropolis ditutup buat orang ramai
Angkara cuaca panas, tapak bersejarah Acropolis di Athens Greece terpaksa ditutup untuk kunjungan orang ramai. Keputusan berkenaan penutupan itu diambil selepas lokasi yang menempatkan sejarah ketamadunan manusia itu tidak ketinggalan menerima dampak perubahan iklim.
Pantanal Brazil semakin terancam,penduduk semakin bimbang
Kebakaran yang berlaku di Pantanal Brazil telah menyebabkan penduduk tempatan semakin resah susulan peningkatan kebakaran yang kerap berlaku pada tahun ini.
Kecacatan bukan halangan warga emas jadi usahawan berjaya
Kecacatan tanpa kedua belah tangan bukan alasan untuk meraih simpati orang ramai sebaliknya seorang warga emas ini mampu menjadi usahawan ini berdikari dan memperolehi pendapatan menjual hasil kraftangan.
90% bekas banduan dapat pekerjaan di Terengganu
Sejak program Pelepasan Bantuan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) diperkenalkan, seramai 1,500 banduan telah dibebaskan di Terengganu dengan 90 peratus daripada mereka berjaya mendapat pekerjaan.
329 banduan di tiga negeri diberi pelepasan
Sebanyak 329 banduan dan penghuni pusat koreksional di tiga negeri akan menyambut Aidiladha bersama keluarga tersayang melalui program Pelepasan Bantuan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) pada Khamis.
Hilang kemampuan untuk berjalan, impikan anggota palsu
Harapan bagi seorang rakyat Palestin yang kehilangan anggota badannya itu hanyalah satu..iaitu untuk memiliki anggota palsu.
Menurut rakyat Palestin, Shahed Al-Kotati, dia hanya inginkan kaki kirinya berjalan seperti biasa tanpa bantuan tongkat.
Menurut rakyat Palestin, Shahed Al-Kotati, dia hanya inginkan kaki kirinya berjalan seperti biasa tanpa bantuan tongkat.
90% bekas banduan dapat pekerjaan di Terengganu
Sejak program Pelepasan Bantuan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) diperkenalkan, seramai 1,500 banduan telah dibebaskan di Terengganu dengan 90 peratus daripada mereka berjaya mendapat pekerjaan.
Pesawat 'lesap' di dasar tasik lebih 50 tahun ditemui
Bangkai dan serpihan pesawat kecil yang terhempas pada 1971 ditemui di dasar tasik Champlain, Vermont, Amerika Syarikat. Ini sekali gus menjawab misteri kehilangannya lebih 5 dekad lalu, lantas menamatkan misi pencarian di tasik berkenaan.
Pengerusi Eksekutif BCorp Vincent Tan letak jawatan hari ini
Pengunduran itu sejajar dengan visi Tan untuk mentransformasikan BCorp Group kepada syarikat yang diinstitusikan serta diuruskan oleh golongan profesional.