Pengerusi MyWatch ditahan buat kali kelima

Astro Awani
Julai 6, 2016 11:47 MYT
Peguam S Prakash mengesahkan penahanan yang dibuat atas dakwaan sama, dalam laporan polis berlainan. -
Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan ditahan buat kali kelima hari ini atas dakwaan ugutan jenayah dan pemerasan, sejurus selepas polis tidak mendapatkan reman terhadapnya dari Majistret di Mahkamah Seremban.
Peguam S Prakash mengesahkan penahanan yang dibuat atas dakwaan sama, dalam laporan polis berlainan, lapor portal Malaysiakini hari ini.
BACA: Tiga lagi individu buat laporan polis kerana dakwa diugut Sanjeevan - KPN
Suspek ditahan 22 Jun lalu bersama pemandunya, M Muthukumar, di kawasan Plaza Tol Nilai pada jam 10.50 malam susulan laporan polis yang dibuat seorang pengadu bahawa Sanjeevan mengugut akan menyiarkan fitnah mengenainya melalui Facebook jika tidak membayar wang perlindungan sebanyak RM25,000
#Datuk R Sri Sanjeevan diberkas buat kali kelima hari ini atas dakwaan ugutan jenayah dan pemerasan #Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MyWatch #S Prakash