awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi MyWatch ditahan sekali lagi

Astro Awani
Astro Awani
10/07/2016
15:38 MYT
Pengerusi MyWatch ditahan sekali lagi
Sanjeevan ketika ditahan di IPD Kajang 4.30 petang Ahad. Ini merupakan kali ke-7 beliau ditahan polis.
Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan yang ditahan bulan lalu atas tuduhan memeras ugut ditahan sekali lagi hari ini.
Sanjeevan, 32, ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang 4.30 petang Ahad mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) berikutan laporan polis terbaru terhadap beliau.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman Datuk Roslee Chik berkata pihaknya akan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Jalan Duta esok.
Sanjeevan sebelum ini ditahan reman beberapa kali mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah kerana disyaki melakukan ugutan jenayah dan pemerasan terhadap pengendali judi ekor tanpa lesen.
Menurut peguamnya R. Prakash, sejak ditahan 22 Jun lalu, terdapat tujuh laporan polis dibuat terhadap Sanjeevan.
Bulan lalu, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menahan Sanjeevan di Plaza Tol Nilai, Negeri Sembilan.
Turut ditahan ialah pemandu kepada pengerusi NGO terbabit, M.Muthukumar yang merupakan warganegara India.
Penahanan itu dibuat selepas polis me­nerima laporan daripada seorang pengadu yang dikatakan telah diugut oleh suspek supaya membayar wang perlindungan bernilai RM25,000 sekiranya kegiatan mereka tidak mahu di dedahkan.
Topic Berkaitan
#MyWatch
#Sri Sanjeevan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan