BUAT pertama kali Malaysia bakal menyaksikan penggabungan dua univeristi awam – melibatkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA).
Bagaimanapun, cadangan tersebut pada mulanya tidak diterima baik oleh pelbagai pihak memandangkan ia dibimbangi akan memberikan kesan kepada pelajar, kakitangan dan identiti kedua-dua universiti tersebut.
Untuk mengetahui secara lebih dekat mengenai penggabungan tersebut, wartawan Astro AWANI berpeluang menemubual Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir.
Ikuti temu bual berikut:
AWANI: Apakah rasionalisasi di sebalik penggabungan UMT-UNiSZA?
DR HAMISAH: Penggabungan ini sebenarnya adalah satu transformasi kalau kita lihat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 menyatakan bahawa penyampaian di sistem penyampaian pendidikan tinggi itu perlu ditransformasikan, dan ini adalah salah satu inisiatif untuk mentransformasikan. Ini kerana dengan menggabungkan kedua-dua universiti ini, ia akan melonjakkan lagi kepakaran, kecemerlangan dari segi akademik, penyelidikan dan pengantarabangsaan melalui kepakaran sedia ada yang dimiliki kedua-dua universiti itu.
AWANI: Ada persepsi yang menyatakan – UMT ada kekuatan tersendiri begitu juga dengan UNiSZA. Bagaimana kita mahu memberi jaminan bahawa penggabungan kedua-dua universiti ini tidak akan menghilangkan identiti IPTA itu?
DR HAMISAH: Perbezaan antara kedua-dua universiti ini dari segi nic (niche) sebenarnya satu kekuatan, misalnya UNiSZA adalah Peradaban Islam dan apabila kita gabungkan perbezaan kedua-dua nic ini yang akan memberi kekuatan kepada universiti yang baharu yang akan ditubuhkan.
Misalnya, di UMT ditawarkan program Sarjana Muda Logistik dan UNiSZA pula ditawarkan perundangan. Kalau kita gabungkan logistik dan perundangan, ia akan memberi impak yang lebih besar kepada pelajar yang mengambil mata pelajaran tersebut.
AWANI: Kedua-dua universiti ini mempunyai bidang tujahan yang berbeza. Adakah itu satu kekangan atau akan menyebabkan kedua-dua universiti ini menjadi celaru?
DR HAMISAH: Ya, tidak. Prinsipnya adalah diversity – akan lagi memantapkan kekuatan universiti tersebut. Kalau kita lihat di UNiSZA mereka sedang membina sebuah hospital pengajar, dan mereka telah menawarkan program perubatan, sementara di UMT tidak mempunyai program tersebut. Tetapi program yang ada di UMT kalau digabungkan juga dari segi perubatan, banyak lagi yang boleh kita tawarkan.
AWANI: Apa yang dimaksudkan oleh kementerian apabila penggabungan ini dapat mengoptimumkan sumber?
DR HAMISAH: Sumber ini ada dua segi, pertama ialah bakat dan segi kedua adalah fasiliti.
Dari segi bakat seperti yang disebutkan tadi, kalau kedua-dua buah universiti ini digabungkan tenaga akademik itu akan bertambah daripada 500-600 orang di UMT manakala di UNiSZA melebihi 1,000 orang.
Ini bermaksud penyelidikan pun akan dapat dilaksanakan dalam pelbagai bidang, dan ia sudah tidak terhad kepada Sains Kelautan atau Peradaban Islam sahaja.
Dari segi fasiliti pula, seperti yang saya sebutkan – kalau sekarang ini ada dua bangunan pentadbiran dan apabila ia digabungkan, akan ada satu lagi bangunan pentadbiran. Bangunan itu boleh kita gunakan untuk fungsi yang lain atau menambahkan fakulti.
AWANI: Mungkin ada dalam kalangan bekas graduan daripada kedua-dua universiti ini belum menerima atau mendapat pekerjaan. Adakah cadangan penggabungan ini akan menyebabkan pandangan bakal majikan terhadap mereka sebagai kurang berkualiti?
DR HAMISAH: Kebolehpasaran seseorang graduan itu, yang pertama adalah bergantung kepada ciri-ciri pelajar tersebut. Universiti penting tetapi ciri-ciri sama ada graduan itu mempunyai pengetahuan yang luas, pengalaman yang luas dalam program yang mereka ikuti dan memiliki soft skill. Jadi, ia tidak akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar tersebut.
AWANI: Bagaimana pula kesan kepada pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian di UMT dan UNiSZA?
DR HAMISAH: Pelajar tersebut akan bergraduan dengan universiti yang mereka ikuti. Mereka tidak akan terkesan langsung sebab pengajian mereka akan diteruskan sehingga mereka mendapat ijazah tersebut. Ini kerana, itu adalah dalam surat tawaran mereka dan kontrak antara universiti dan pelajar tersebut.
AWANI: Dari segi penjawatan, bagaimana kementerian boleh memberi jaminan bahawa penggabungan ini tidak memberi akan memberi kesan atau berlaku pengurangan dalam kakitangan?
DR HAMISAH: Kami telah melihat dan meneliti secara terperinci, tidak ada yang akan kehilangan pekerjaan sebab penambahan program-program baharu seperti yang saya nyatakan tadi
AWANI: Jadi tidak perlu risau, walaupun mungkin akan berlaku lebihan tenaga kerja apabila penggabungan tetapi kita boleh memberi jaminan bahawa tiada pengurangan kakitangan?
DR HAMISAH: Tiada, sebab mereka perlu mengembangkan lagi program sedia ada dan pelajar-pelajar perlu membantu agar komuniti itu membangun sekali dengan universiti tersebut.
AWANI: Adakah kementerian sudah berjaya menyakinkan bahawa penggabungan ini tidak akan menggugat nilai sentimental yang ada pada kedua-dua univerisit tersebut?
DR HAMISAH: Kami telah melaksanakan townhall bersama kedua-dua pemimpin pelajar baru-baru ini dan mendengar apakah yang menjadi kegusaran mereka. Kami cuba memaklumkan dan menyakinkan bahawa ini adalah satu kebaikan untuk kedua-dua universiti.
Ini adalah satu perjalanan, bukannya bermaksud apabila kita berjumpa, di situlah ia berakhir dan terus kita gabungkan (universiti tersebut). Sebenarnya, sebab itu kita mempunyai satu Jawatan Kuasa Pemandu yang dilantik, yang mana ia terdiri daripada badan-badan atau individu yang bebas.
Kedua, kami juga telah menubuhkan Jawatan Kuasa Teknikal dan Jawatan Kuasa Kerja. Ia dianggotai oleh pelajar dan pegawai daripada kedua-dua universiti. Mereka perlu bersatu untuk memikirkan bagaimanakah corak, wajah, dan warna universiti tersebut.
AWANI: Adakah kajian terperinci dijalankan sebelum penggabungan ini, dan adakah akan berlaku peningkatan dalam yuran penggajian?
DR HAMISAH: Semasa kita mula melakukan perbincangan mengenai penggabungan, kos ini (kenaikan yuran) tidak dalam perbincangan kita kerana apa yang kita tekankan adalah untuk melonjakkan kecemerlangan.
Dari segi yuran, ia tidak akan berbeza kerana kedua-dua universiti tersebut adalah universiti awam dan di universiti awam, 90 peratus daripada (yuran) pengajian adalah sumbangan kerajaan, dan pelajar hanya membayar sekitar lapan hingga 10 peratus sahaja. Jadi, saya yakin ia tidak akan berubah kecuali ia menjadi sebuah universiti swasta - tetapi ia tidak akan berlaku.
AWANI: Harapan dan aspirasi daripada penggabungan ini - Bagaimana kita mahu memastikan kedua-dua universiti ini memberikan sumbangan yang sama dan bukan hanya satu sahaja yang monopoli?
DR HAMISAH: Sebenarnya kami peka akan hal ini, sebab itu semua mesyuarat yang kami lakukan berada di tempat neutral. Kami perasan bukan sahaja kami yang cuba mengatur begitu, tetapi kedua-dua universiti melakukan hal sama. Mereka cuba agar (sumbangan nanti) sama rata tetapi membawa impak yang tinggi.
AWANI: Adakah penggabungan ini akan memberikan perubahan kepada nama, dan bagaimana penilaian terhadap nama baharu itu dibuat?
DR HAMISAH: Beberapa nama telah dicadangkan tetapi belum diputuskan lagi. Kami perlu mendapat maklum balas dari pelbagai pemegang taruh, bukan sahaja pelajar dan staf tetapi juga kepada pihak yang lain.
Hari itu, ada tiga (cadangan nama) dan ada satu lagi tambahan. Kita tak tetapkan nama itu lagi dan penggabungan ini juga bukan kita melihat kepada Perlembagaan kedua-dua universiti tersebut, dan kita cuba mencadangkan penggabungan kedua-dua universiti ini akan bermula pada akhir tahun 2020.
Hasimi Muhamad
Mon Nov 18 2019
Penggabungan UMT dan UNiSZA dijangka akan melonjakkan nama universiti awam di peringkat antarabangsa.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama asal SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM mendengar semua cadangan yang diterima, namun cadangan tersebut perlu melalui proses tertentu.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Perikatan Komuniti Selamat gesa Kementerian Pendidikan ambil tindakan segera tangani isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
KPM siap siaga hadapi gelombang kedua banjir
Kementerian Pendidikan (KPM) meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir di tujuh negeri.
Calon SPM resah boleh menyebabkan minda buntu ketika peperiksaan - Pakar
Emosi calon-calon peperiksaan yang resah, gelisah dan bimbang boleh menyebabkan minda mereka buntu, seterusnya menjejaskan prestasi mereka.
KPM tempatkan 13,749 guru baharu di seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah menempatkan seramai 13,749 guru baharu setakat tahun ini dalam usaha menyelesaikan isu kekurangan guru secara berperingkat dengan kerjasama SPP.
Kekurangan guru: KPM tawar 100 peratus kuota pengambilan kepada calon PSIMP
KPM melaksanakan pendekatan baharu bagi mengatasi isu kekurangan guru dengan menawarkan keseluruhan kuota pengambilan kepada calon program ijazah sarjana muda perguruan (PISMP).
MPM bakal terbitkan buku braille kod klasifikasi pertama dunia
MPM melangkah lebih jauh apabila bakal melancarkan buku Braille IPC Kod Klasifikasi Atlet khas untuk atlet yang mempunyai masalah penglihatan.
Calon SPM terjejas banjir boleh duduki mana-mana pusat peperiksaan - Fadhlina
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sekolah mereka terjejas akibat banjir boleh menduduki mana-mana pusat peperiksaan yang ditetapkan.
Permohonan Program Matrikulasi sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Disember 2024
Permohonan fasa satu pengajian Program Matrikulasi sesi 2025/2026 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2024, dibuka bermula 1 Dis ini hingga 28 Feb 2025.
Murid stres bukan sebab UPSR tapi sikap sekolah, ibu bapa kejar gred A - Dr Anuar Ahmad
Anuar berkata, emosi anak-anak terganggu berpunca daripada sikap segelintir pihak sekolah dan ibu bapa yang terlalu mengejar pencapaian.