Penggambaran filem, drama, iklan dan sebagainya dibenarkan bermula 10 Jun

Astro Awani
Jun 2, 2020 07:13 MYT
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun setiap penggambaran perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. - Gambar hiasan
Penggambaran filem, drama, iklan dan sebagainya dibenarkan beroperasi bermula 10 Jun ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun setiap penggambaran perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
SOP berkenaan termasuk memastikan penjarakan sosial dan kebersihan diri.
"Sebelum ini saya telah maklumkan bahawa mesyuarat memutuskan untuk membenarkan penggambaran filem, iklan, drama dan sebagainya.
"Saya sebutkan waktu itu, ia boleh bermula selepas Raya. Maka hari ini kita putuskan ia boleh memulakan operasi bermula 10 Jun. Namun aktiviti penggambaran mesti patuhi SOP diputuskan dalam mesyuarat terutama memastikan penjarakan sosial dan tidak memulakan perhimpunan yang ramai dan sebagainya," katanya dalam sidang media harian di sini pada Selasa.
BACA: COVID-19: Masih belum ada keputusan benarkan aktiviti penggambaran
BACA: Kami pembikin filem... tidak ada 'niat' wujudkan kluster baharu - Pengarah filem
Ismail Sabri dalam sidang media sebelum ini berkata, keputusan sama ada membenarkan industri itu beroperasi semula akan diputuskan selepas Aidilfitri selepas mendapat pandangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
#Aidilfitri #filem #ismail sabri yaakob #Kementerian Kesihatan #keselamatan #kesihatan #KKM #koronavirus #Malaysia #Media #menteri #operasi #perhimpunan #SOP