Pengganas New Zealand didorong fahaman sempit - Waytha Moorthy

Sahlizah Mohamed
Mac 16, 2019 05:38 MYT
Waytha Moorthy hadir ke Perhimpunan Perpaduan Demi Negara di Dewan Brunsfield, Jalan Wisma Putra, Kampung Attap, Kuala Lumpur, 16 Mac, 2019. Astro AWANI/SAHLIZAH MOHAMED
Perlakuan pengganas dalam insiden tembakan di New Zealand pada Jumaat didorong oleh fahaman sempit yang diamalkan pihak itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial), Senator P Waytha Moorthy berkata, ia sekali gus mengakibatkan masyarakat Islam yang tidak berdosa menjadi korban.
“Apa yang kita lihat semalam, kejadian yang telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa, itu adalah disebabkan oleh fahaman sempit mereka.
"Jadi, saya berharap kita rakyat Malaysia yang telah hidup aman damai akan terus mengekalkan hubungan baik yang telah wujud sekian lama,” katanya.
BACA: PDRM tidak kompromi suspek dalangi keganasan di Malaysia
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan program Perhimpunan Perpaduan Demi Negara Rukun Tetangga dan Persatuan Penduduk di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
BACA: New Zealand bersatu dalam meratapi kesedihan - PM Ardern
Dalam kejadian pada kira-kira jam 1.45 tengah hari Jumaat (waktu New Zealand), 49 orang terkorban dan berpuluh lagi cedera selepas pengganas melepaskan tembakan di dua masjid di Christchurch sewaktu solat Jumaat.
“Saya berharap kita dapat menghayati dan mengekalkan hubungan baik antara kaum di negara ini,” kata Waytha Moorthy.
BACA: Serangan masjid Christchurch: Tiga rakyat Malaysia cedera, seorang masih hilang
Setakat ini, suspek utama kes itu, Brenton Tarrant, 28 tahun, telah didakwa pada Sabtu dan diletakkan di bawah tahanan polis sehingga dibawa ke mahkamah 5 April ini.
#cedera #keganasan #New Zealand #P Waytha Moorthy #pengganas #rakyat Malaysia #serangan #suspek #tembakan