KUALA LUMPUR: Kerja-kerja penggantian dan menarik taraf 306 unit lif di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dilaksanakan secara berfasa dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
Menurut kenyataan DBKL yang dikeluarkan, kerja-kerja penggantian dan menaik taraf lif dalam lima fasa itu membabitkan kos RM169.6 juta.
Fasa 1 penggantian dan menaik taraf lif melibatkan 12 kawasan perumahan, iaitu PA Seri Kota, PA Seri Sabah 3A, PA Seri Sabah 3B, PPR Desa Petaling, PPR Salak Selatan, PPR Seri Anggerik, PPR Sungai Bonus, PA Hang Tuah, PA Loke Yew, PA Seri Selangor, PPR Bukit Jalil 1 dan PPR Bukit Jalil 2.
"Keseluruhan penggantian lif adalah 104 unit dan dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun 2022," katanya.
Fasa 2 pula membabitkan 109 unit di 10 kawasan meliputi PPR Raya Permai, PPR Seri Malaysia, PA Seri Perak, PPR Seri Alam, PA Kerinci 1A, PPR Kerinci, PPR Seri Cempaka, PPR Kampung Muhibah, PPR Semarak dan PA Seri Tioman.
"Bagi proses penggantian lif di PA Seri Perak, satu mesyuarat prapenyerahan tapak kepada syarikat yang berjaya telah diadakan bagi membolehkan kerja-kerja dimulakan pada 1 Julai depan dan dijangka siap pada Oktober 2023," katanya.
Fasa 3 pula melibatkan 18 unit lif di PPR Desa Tun Razak dan PA Seri Sarawak, manakala 48 unit lif akan dinaik taraf dan diganti di PPR Batu Muda, PPR Laksamana, PPR Perkasa dan PPR Pekan Kepong pada Fasa 4.
DBKL berkata: "Sebelum kerja-kerja penggantian lif baharu dimulakan, penyelenggaran berkala serta pemantauan lif sentiasa dilaksanakan oleh kontraktor sedia ada di tapak yang juga bertanggungjawab sekiranya lif mengalami kerosakan."
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022
Menurut DBKL, kerja-kerja penggantian dan menaik taraf lif dalam lima fasa itu membabitkan kos RM169.6 juta. - Gambar hiasan
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
676 tindakan sita barangan penjaja asing sepanjang 2023 - Zaliha
Sebanyak 676 tindakan sita terhadap barangan penjaja warga asing telah dilaksanakan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur sepanjang 2023, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
DBKL tutup serta-merta pusat hiburan
Premis tersebut dikenakan tindakan di bawah bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.
Sumbangan sempena Ramadan di KL hanya boleh disalur di tiga lokasi - Dr Zaliha
NGO dan orang perseorangan di ibu negara disaran menyalurkan sumbangan atau makanan sempena Ramadan di tiga lokasi yang ditetapkan DBKL.
DBKL arah tutup premis makanan kotor, jijik
DBKL berkata, penutupan premis itu susulan Operasi Sepadu Bersih yang dijalankan sekitar Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bukit Bintang.
DBKL tutup operasi pusat sembelihan ayam tanpa lesen, kotor
Pemeriksaan oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar turut mendapati kesemua pekerja yang terdiri daripada warga asing didapati tiada suntikan typhoid serta tiada sijil pengendalian makanan.
KLFA nafi tunggakan gaji empat bulan KL City
KLFA menafikan pihaknya dibelenggu masalah tunggakan gaji pemain dan barisan kejurulatihan KL City, yang didakwa berlarutan sehingga empat bulan.
Tiga premis kotor diarah tutup
Tiga premis dikenakan tindakan arahan penutupan di bawah UUK 28(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.
Sikap penyewa antara penyebab isu tunggakan sewa PPR berlarutan
Menurut Masri, kebanyakan penyewa memberi alasan tidak mampu bayar sewa kerana tiada pendapatan tetap meskipun kadarnya hanya RM150 sebulan.
DBKL sita barangan perniagaan di Taman Tasik Titiwangsa
DBKL menyita barangan perniagaan di Taman Tasik Titiwangsa dekat sini pada Sabtu kerana menghalang laluan di kawasan awam.
Hampir 2,000 anak Pahang sertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2024
Larian bermula di Dataran DBKL kira-kira pukul 7 pagi itu dilepaskan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.