awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKM perkukuh saringan di pintu masuk antarabangsa susulan wabak Nipah di India
Agong berangkat pulang selepas akhiri lawatan khas di St Petersburg
Trump yakin AS–Korea Selatan mampu capai penyelesaian selepas ancam tarif 25 peratus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggiat industri pelancongan 'tidak serius' jaga SOP COVID-19

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
04/11/2021
02:43 MYT
Penggiat industri pelancongan 'tidak serius' jaga SOP COVID-19
Pematuhan SOP dan amalan norma baharu akan mewujudkan persekitaran pelancongan yang selamat sekaligus meyakinkan pelancong asing untuk datang ke Malaysia. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sebilangan penggiat industri pelancongan dilihat 'tidak serius' dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di premis masing-masing.
Perkara yang sama juga dilihat kepada pelancong yang mengunjungi premis apabila gagal mengamalkan norma baharu COVID-19.
Sekiranya perkara ini berlarutan, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia, Datuk Mohd Khalid Harun berkata, tidak mustahil terdapat kluster jangkitan daripada aktiviti pelancongan.
“Rata-rata saya lihat pengiat industri tidak begitu serius membuat penjagaan SOP di pintu masuk premis mereka.
“Mereka ada alat untuk memeriksa suhu dan kod pengimbas aplikasi My Sejahtera, tetapi tiada orang yang membuat pemantauan berkenaan perkara tersebut dan memeriksa sijil digital vaksinasi.
“Ini satu kelemahan yang saya lihat, malah pengunjung yang masuk juga seakan-akan tidak sabar untuk mendapatkan meja masing-masing disebabkan kadang-kala premis mempunyai meja yang terhad selepas kapasiti dikurangkan,” katanya kepada Astro AWANI, pada Khamis.
Tambah Mohd Khalid, hasil maklum balas daripada ramai pihak mendapati, tahap pematuhan SOP di premis pelancongan berada pada tahap kurang memuaskan selepas kurang sebulan kerajaan membenarkan rentas negeri dan aktiviti pelancongan kembali beroperasi.
Justeru itu, Mohd Khalid menasihati pelancong untuk bersabar, tidak alpa dan terlalu ghairah untuk melancong, sebaliknya bijak dalam membuat pemilihan kawasan yang tidak sesak.
Jelas Mohd Khalid, pematuhan SOP dan amalan norma baharu akan mewujudkan persekitaran pelancongan yang selamat sekaligus meyakinkan pelancong asing untuk datang ke Malaysia apabila kerajaan membenarkan perkara itu kelak.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#SOP
#pelancong
#norma baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan