KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menggodam dan menjual data milik agensi kerajaan di laman sesawang 'darkweb' pada 25 Disember lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di ibu kota.
"Hasil siasatan yang dilakukan, mendapati lelaki disyaki memiliki kepakaran teknologi maklumat itu telah menjual data di laman sesawang tersebut dengan harga AS$200 (RM927) untuk setiap set data dan pembayaran adalah dalam bentuk mata wang kripto," katanya dalam sidang akhbar di sini, pada Khamis.
Ramli berkata, pengesanan terhadap lelaki itu berjaya dilakukan hasil kecekapan Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, JSJK.
"Lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 29 Disember lalu sementara siasatan dilengkapkan. Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Ramli berkata, portal SemakMULE JSJK dibangunkan pada 2018 telah memenangi tempat kedua dalam Majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AlPSA) 2023 anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
"Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan kepada PDRM khususnya dari aspek penyampaian perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat," katanya.
Beliau berkata, portal tersebut dibangunkan dengan matlamat untuk memberikan akses secara langsung kepada masyarakat dalam menyemak akaun bank serta nombor telefon yang mungkin digunakan oleh scammer.
"Setakat ini, sejumlah 160,095 akaun bank serta nombor telefon telah disenaraikan di dalam portal ini.
"Sejak mula dibuka sehingga sekarang, portal SemakMULE telah dilawati sebanyak 24,257,824 kali dan jumlah carian yang dibuat telah mencecah 21,215,287 carian," katanya.
Menurutnya, daripada jumlah carian tersebut, sejumlah 1,575,219 percaya, carian telah memberikan jawapan positif.
"Kita percaya, maklum balas tersebut telah membantu pengguna dan menyelamatkan wang mereka dari dipindahkan ke akaun scammer.
"Masyarakat dinasihatkan agar terus menggunakan kemudahan ini untuk mengelakkan kerugian akibat terpedaya dengan scammer," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 04 2024
Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di ibu kota. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 Mac 2024.
Kebocoran data: Cadangan kerajaan boleh diambil tindakan perlu kajian mendalam - Gobind
Cadangan menjadikan kerajaan sebagai entiti yang boleh diambil tindakan di mahkamah sekiranya berlaku kebocoran maklumat peribadi memerlukan kajian impak perundangan secara mendalam.
Maxis lancar siasatan dakwaan pelanggaran keselamatan siber
Maxis Bhd hari ini memulakan siasatan untuk menentukan kesahihan dakwaan berlakunya pelanggaran keselamatan siber terhadap sistemnya.
Tular maklumat sulit peserta maraton didakwa bocor
Tular dakwaan data dan maklumat sulit peserta maraton tersebar di internet.
Penggodam jual data milik agensi kerajaan Malaysia di 'darkweb' diberkas
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menggodam dan menjual data milik agensi kerajaan di laman sesawang 'darkweb' pada 25 Disember lalu.
Laman sesawang digodam, Perkeso jamin khidmat tidak terjejas
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memberi jaminan sistem, pangkalan maklumat dan laman sesawang agensi itu yang diserang penggodam sejak Sabtu lepas, tidak akan merencatkan khidmat mereka.
MCMC ada SOP siasatan, pastikan tiada kebocoran data - Teo
Sejak 2019 hingga tahun ini, MCMC telah mengambil sejumlah 220 tablet, komputer riba dan telefon bimbit untuk tujuan siasatan.
JPDP siasat kebocoran data pemohon UiTM
JPDP siasat kebocoran data pemohon UiTM
Isu kebocoran data: Khaled minta UiTM ambil tindakan susulan
Universiti Teknologi Mara (UiTM) diminta mengambil tindakan susulan dalam mengatasi isu kebocoran data pemohon universiti itu seperti yang berlaku baru-baru ini.
Kebocoran data pemohon, UiTM mohon maaf
Universiti itu memaklumkan bahawa, pautan kepada senarai tersebut tidak lagi aktif dan kemas kini telah dilakukan.