awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna 9 kawasan terjejas banjir di ibu negara dapat pengecualian bil air

Bernama
Bernama
04/01/2022
15:18 MYT
Pengguna 9 kawasan terjejas banjir di ibu negara dapat pengecualian bil air
Air Selangor memahami kesulitan yang dialami oleh para pelanggan yang terkesan dengan insiden banjir dan berharap bantuan itu akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memberikan pengecualian bayaran bil bagi bulan Januari 2022 kepada pelanggan akaun Domestik (Kod Tarif 10) di sembilan kawasan di ibu negara yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.
Air Selangor dalam satu kenyataan berkata, antara kawasan yang layak menerima pengecualian bayaran bil itu ialah Kampung Pasir, Jalan Batu Bata dan Jalan Rahmat (berhampiran WTC KL), Jalan Raja Chulan, Kampung Chubadak, Kampung Delima, Kampung Kasipillay, Kampung Kolam Air, Lorong Jambu Laut, dan Lorong Raja Mahadi.
Menurut Air Selangor, pelanggan yang berada di kawasan-kawasan yang terjejas banjir akan menerima pengecualian itu secara automatik bagi tempoh satu bulan yang tidak memerlukan mereka untuk mengisi atau menghantar sebarang borang kepada syarikat pembekal air itu.
[LAPOR LANGSUNG] Tiga air pasang besar diramal berlaku sehingga Februari
"Sepanjang tempoh pengecualian bayaran ini, bil air bulanan akan terus dikeluarkan oleh Air Selangor. Namun begitu, para pelanggan yang layak menerima pengecualian bayaran bil air tidak perlu membuat sebarang bayaran bagi tempoh yang telah dinyatakan," katanya.
Menurut kenyataan itu, Air Selangor memahami kesulitan yang dialami oleh para pelanggan yang terkesan dengan insiden banjir dan berharap bantuan itu akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#Air Selangor
#pengecualian bil air
#ibu negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan