awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna dijangka terima bekalan air berperingkat seawal 12 tengah malam ini - Air Selangor

Fareez Azman
Fareez Azman
06/10/2020
08:04 MYT
Pengguna dijangka terima bekalan air berperingkat seawal 12 tengah malam ini - Air Selangor
Gangguan bekalan air yang dihadapi lebih 309,000 penduduk di negeri Selangor dijangka berakhir selepas Lori Rawatan Air Sg Semenyih mula beroperasi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pengguna di kawasan terjejas akan menerima bekalan air sepenuhnya bermula jam 12 tengah malam ini secara berperingkat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman, ia selepas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih telah mula beroperasi sejak pagi tadi (Selasa).
"Untuk maklumat, LRA Sungai Semenyih telah mula beroperasi pagi tadi dan penstabilan proses rawatan air sednag dijalankan. Pengguna terawal akan mula mendapatkan bekalan air pada jam 12 tengah malam ini.
"Air bersih ini akan melalui ujian kualiti dan pematuihan berdasarkan standard Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diagihkan kepada pengguna," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Air Selangor pada Selasa.
BACA: Gangguan bekalan air: Pencemaran LRA Sungai Semenyih semakin pulih
Bagaimanapun, pemulihan sepenuhnya ujarnya, dibahagikan kepada tiga kumpulan utama yang bakal menerima bekalan air sepenuhnya.
"Kumpulan pertama meramngkumi 145 kawasan akan menerima bekalan air sepenuhnya pada jam 6 petang, 7 Oktober 2020. Kumpulan kedua merangkumi 91 kawasan akan menerima bekalan air sepenuhnya pada jam 6 petang, 8 Oktober 2020.
"Manakala kumpulan ketiga merangkumi 38 kawasan akan mernima bekalan air sepenuhnya pada jam 6 petang, 9 Oktober 2020," katanya.
Tambah Suhaimi, ketika ini proses pembersihan bagi Loji Rawatan Air Bukit Tampoi masih dijalankan selepas pencemaran dikesan pada kadar tiga ton. Namun pengguna dibawah LRA itu tetap akan menikmati bekalan air bersih dari LRA Sg Semenyih.
Turut terlibat dalam proses pembersihan itu, Syarikat Air Melaka Berhad, Lembaga Air Perak, Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd dan Syarikat Air Negeri Sembilan.
Topic Berkaitan
#KKM
#krisis air Selangor
#pengguna
#Lori Rawatan Air
#LRA Sg Semenyih
#Pencemaran Sg Semenyih
#LRA Bukit Tampoi
#mangsa
#bekalan air
#Air Selangor
#krisis air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan