awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengguna Malaysia masih terdedah kepada ancaman siber - Kaspersky

Bernama
Bernama
29/10/2024
10:32 MYT
Pengguna Malaysia masih terdedah kepada ancaman siber - Kaspersky
Serangan siber itu amat membimbangkan ketika Malaysia terus melabur dengan banyak dalam infrastruktur pusat data. - Freepik
KUALA LUMPUR: Pengguna Malaysia masih terdedah kepada ancaman siber, seiring dengan perkembangan pesat pusat data di negara ini, menurut laporan terkini daripada Kaspersky.
Syarikat keselamatan siber dan privasi digital global itu berkata serangan siber itu amat membimbangkan ketika Malaysia terus melabur dengan banyak dalam infrastruktur pusat data.
Menurut Kaspersky Security Network (KSN), produk Kaspersky mengesan 7.25 juta ancaman siber menerusi internet yang berbeza pada komputer peserta KSN di Malaysia dari Julai hingga September 2024.
Ia berkata penumpuan data sensitif dan infrastruktur kritikal dalam kemudahan itu menjadikan mereka sasaran menarik untuk penjenayah siber.
Ketika ini, kebanyakan pusat data Malaysia memberi perkhidmatan kepada pelanggan domestik termasuk bank, syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pengkomputeran awan antarabangsa.
Pengarah Urusan Kaspersky Asia Pasifik, Adrian Hia berkata semua pusat data sangat terdedah kepada serangan siber disebabkan oleh sejumlah besar data sensitif ia simpan.
Untuk melindungi maklumat dan mengekalkan keyakinan pelanggan, setiap syarikat perlu memastikan langkah keselamatan siber yang kukuh seperti pengesanan ancaman termaju, pencegahan pencerobohan dan penyediaan penyulitan data (data encryption).
"Landskap pusat data Malaysia yang semakin berkembang membuka peluang dan cabaran yang penting.
"Walaupun negara terus berkembang maju dalam sektor ini, masih terdapat keperluan mendesak untuk melabur lebih banyak dalam pendidikan dan latihan keselamatan siber," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malaysia boleh memastikan perlindungan infrastruktur digitalnya yang kritikal dan mengekalkan kelebihan daya saingnya dalam pasaran pusat data global dengan membangunkan tenaga kerja keselamatan siber yang berkemahiran.
Sementara itu, mengulas mengenai Belanjawan 2025, Hia menyambut baik peruntukan kerajaan sebanyak RM30 juta untuk memerangi penipuan dan mengukuhkan keselamatan siber.
Beliau berkata pelaburan itu merupakan langkah positif ke arah menangani ancaman siber yang semakin meningkat dinyatakan dalam laporan terbaharu Kaspersky.
"Kami meminta kerajaan Malaysia untuk terus menumpukan pada membangunkan strategi keselamatan siber komprehensif seperti mengutamakan meningkatkan kemahiran tenaga kerja, meningkatkan kesedaran awam mengenai ancaman dalam talian dan menggalakkan kerjasama antara kerajaan, sektor swasta dan pakar keselamatan siber," katanya.
Menerusi jalinan kerjasama, beliau berkata Malaysia boleh membina ekosistem digital lebih maju, pada masa sama memupuk kepercayaan, melindungi rakyat dan perniagaan daripada penjenayah siber.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#karspersky
#ancaman siber
#Malaysia
#pusat data
#pengguna
#keselamatan data
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan