Tidak sampai dua minggu setelah memasuki pasaran. pengguna telah mengadu tentang beberapa masalah mengenai peranti iPhone 6S.

Menurut laporan laman web 9To5Mac, pengguna telah mengadu bahawa pengimbas cap jari, lebih dikenali sebagai Touch ID, terlalu panas untuk disentuh.

Selain itu, peranti mereka akan tutup secara tiba-tiba walaupun masih mempunyai kuasa bateri.

GALERI FOTO: Penjualan iPhone 6s dan 6s Plus

Perkara ini disuarakan di media sosial dan di forum komuniti produk Apple.







Laman web Mashable berkata, pengeluaran awal produk-produk Apple selalunya akan mempunyai masalah.

Laporan itu berkata pengeluaran awal bagi model iPhone 5 dan 5S juga mempunyai masalah kuasa bateri.

iPhone 6S dan iPhone 6S Plus mula memasuki pasaran pada 25 September di beberapa buah negara seperti Australia, Kanada, China, Perancis, Germany, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Puerto Rico, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

iPhone 6S daniPhone 6S Plus boleh didapati di Malaysia bermula 16 Oktober.