Penduduk di beberapa kawasan sekitar ibu negara dan Selangor resah berikutan gangguan bekalan air mulai hari ini hingga Jumaat namun membuat persiapan untuk menghadapi situasi itu.
Eksekutif pemasaran Zuraida Ismail, 29, yang tinggal di Pangsapuri Bandar Sri Permaisuri, Cheras berkata beliau terpaksa membeli tong besar untuk menyimpan air secukupnya bagi kegunaan lima anggota keluarga termasuk ibu bapanya.
"Saya pula tidak dapat cuti untuk membantu kedua-dua orang tua saya mengambil bekalan air memandangkan 'short notice' yang kami terima," katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.
Katanya beliau hanya menyedari makluman gangguan bekalan air itu yang ditampal di papan kenyataan dan di dalam lif sejak dua hari lalu oleh pengurusan perumahan di kediamannya.
Penghuni Pangsapuri Pandan Utama, di sini, Abdul Nasir Lazim, 56, berkata tangki besar di kediamannya itu hanya mampu menampung bekalan air selama 24 jam untuk 216 unit rumah di kawasan terbabit.
"Jika keadaan berlanjutan dari tempoh tersebut, kami terpaksa menyimpan bekalan air menggunakan tong besar dan botol-botol air untuk keperluan," kata pemandu teksi yang tinggal bersama isteri dan lima anak.
Sementara itu, penghuni Flat PPR Hiliran, Ampang, Norkamsiah Alias, 58, berkata beliau menyimpan sekurang-kurangnya enam tong besar untuk menampung keperluan keluarganya seramai empat orang.
Beliau berkata persediaan awal perlu dilakukan memandangkan keluarganya tinggal di tingkat lapan bangunan 17 tingkat itu.
Sementara itu, pekerja syarikat swasta Lyn Ahmad, 44, yang tinggal di tingkat dua flat itu berkata beliau amat bersimpati bagi penghuni yang tinggal di tingkat atas terutama warga emas.
"Paling terjejas sekali penduduk yang tinggal di tingkat paling atas sebab mereka terpaksa turun ke bawah untuk mengambil air dan menyebabkan air melimpah di dalam lif," katanya.
Masalah gangguan itu melibatkan Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Hulu Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 05 2018
Penduduk mula resah ketiadaan bekalan air akan menjejaskan urusan harian mereka. - Gambar hiasan
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Kerajaan Persekutuan fokus tingkat pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan - Fadillah
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada meningkatkan pelaksanaan projek pembangunan di Sabah tahun depan.
Jangan bagi alasan sudah biasa, penyakit bawaan air boleh bawa maut - Pakar
Kekerapan dilanda banjir membuatkan tahap kewaspadaan terhadap penyakit bawaan air semakin berkurangan.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Selangor kenal pasti kawasan baharu bangunkan litar lumba - Exco
Kerajaan Negeri Selangor sedang mengenal pasti kawasan baharu bagi pembangunan kompleks litar lumba, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
Projek TAPS dijangka siap Mei 2025
Projek pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih Melaka bernilai RM234 juta yang mengalami kelewatan akibat masalah teknikal dijangka siap pada Mei 2025.
Protokol kawalan cuaca langkah awal hadapi musim kemarau - PBAPP
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melaksanakan protokol kawalan cuaca kering sebagai persediaan kemungkinan bermulanya musim kemarau awal tahun hadapan.
Belanjawan Sabah 2025: Bantuan RM300 sebulan untuk golongan miskin dan miskin tegar
Kerajaan Sabah memberi bantuan RM300 sebulan untuk tempoh setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini menerusi Belanjawan Sabah 2025.
Belanjawan 2025: Terengganu tumpu naik taraf kemudahan pelancongan utama
Kerajaan Terengganu memberi tumpuan khusus kepada usaha menaik taraf kemudahan di destinasi pelancongan utama termasuk pulau-pulau peranginan.
AIR 2040 mampu pacu Malaysia sebagai hab utama sektor air - Fadillah
Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) berpotensi memacu Malaysia sebagai hab utama sektor air bagi negara-negara serantau.