KUALA LUMPUR: Kecerdasan buatan (AI) merupakan teknologi yang mula mendominasi pelbagai industri di dunia. Inovasi ini telah membantu individu, organisasi dan syarikat melonjakkan produktiviti.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sangat menggalakkan penggunaan dan meneroka manfaat AI, tetapi dengan pendekatan waspada. Ketika ini, tidak ada negara yang menerajui soal etika dalam penggunaan AI.
“AI akan bantu negara kita dalam banyak sektor. Dalam usaha untuk tambah baik sistem dalam sesebuah industri, AI memainkan peranan yang sangat penting. Kita boleh saksikan di luar negara, bagaimana mereka menggunakan AI untuk membantu industri mereka.
“Dan AI ini adalah satu trend khususnya untuk kemajuan masa depan. Tetapi pada masa yang sama kita perlu berhati-hati bila kita gunakan AI,” katanya dalam program Agenda AWANI, apabila ditanyakan mengenai pendirian rasmi kerajaan berkaitan kemajuan teknologi AI.
Lih Kang berkata bergerak kehadapan perlu ada kerangka perundangan tertentu untuk memastikan penggunaan AI tidak melanggar sebarang batas moral dan etika. Oleh yang demikian, peluang yang terbuka sekarang perlu di teroka dengan waspada.
Menyentuh mengenai kerancakkan adaptasi teknologi AI dalam industri dan negara secara umum, Lih Kang berbangga kerana Malaysia berada pada tangga yang tinggi berbanding negara-negara lain di rantau Asia Tenggara.
“Kita tengok dalam rantau ini ketersediaan penggunaan AI bagi negara Malaysia, kita berada di kedudukan yang agak tinggi berbanding negara jiran kita yang lain.” katanya.
Lih Kang menyifatkan teknologi baharu yang diperkenalkan termasuk AI adalah cabaran semasa yang perlu diteroka oleh Malaysia. Ini memandangkan hampir setiap hari ada inovasi baharu yang dicipta dan Malaysia tidak wajar ketinggalan.
Irfan Faruqi
Wed Mar 15 2023

Lih Kang menyifatkan teknologi baharu yang diperkenalkan termasuk AI adalah cabaran semasa yang perlu diteroka oleh Malaysia. - Foto Facebook/Chang Lih Kang

China buka sempadan kepada kumpulan pelancong asing
China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat, selaras dengan keputusan kerajaan untuk menghapuskan dasar "toleransi sifar" terhadap jangkitan COVID-19.

Trump sifatkan pertuduhan sebagai campur tangan politik
Donald Trump menggambarkan pertuduhan terhadapnya sebagai penganiayaan dan campur tangan politik pada tahap tertinggi dalam sejarah. Ia selepas Trump menjadi bekas Presiden pertama dalam sejarah Amerika Syarikat.

Emilia tarik balik kes, SM Faisal dilepas dan dibebaskan
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat melepas dan membebaskan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya, Emilia Hanafi, lapan tahun lalu. Majistret Nadia Othman membuat keputusan itu selepas emilia mengesahkan tindakannya untuk menarik balik kes terhadap ahli perniagaan itu.

Masa untuk bawa masuk pelaburan ke Malaysia - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ahli perniagaan Malaysia di luar negara untuk memudahkan lebih banyak pelaburan kembali ke dalam negara. Perdana Menteri berkata, tumpuan utama adalah untuk membina semula negara menerusi pelaburan domestik dan asing.

KKM cadang jawatan tetap libatkan semua skim kakitangan
Cadangan untuk menyerap petugas perubatan berstatus kontrak ke dalam sistem perjawatan tetap menerusi kaedah caruman KWSP akan turut melibatkan petugas sektor farmasi dan pergigian selain jururawat dan fisioterapi, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.

Bekas Ketua Polis Perak diterima jadi Peguam
Bekas Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, diterima sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya. Prosiding penerimaan masuk Mior Faridalathrash, 61 tahun, yang berkhidmat 40 tahun sehingga bersara dalam Polis Diraja Malaysia itu, disempurnakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed pada Jumaat.

Jepun umum kawalan eksport peralatan cip
Jepun akan mengenakan kawalan eksport ke atas peralatan pembuatan cip dan setiap produk yang dijual kepada China memerlukan kelulusan menteri.

JDT terus gah di persada liga
Arif Aiman membuka jaringan pada minit ke-20 apabila bijak menggelecek ke dalam kotak penalti sebelum menewaskan penjaga gol Sabah.

19,985 premis dan bazar Ramadan telah dipantau
Sebanyak 19 ribu 985 premis dan bazar Ramadan di seluruh negara telah dipantau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDN setakat ini. Menurut Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, daripada jumlah itu, sebanyak 316 aduan diterima berkenaan harga.

KPDN lancar jualan Rahmah Wilayah KL
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara hidup (KPDN) hari ini melancarkan Program Jualan Rahmah peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Menurut Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, inisiatif itu melibatkan 15 rakan strategik daripada pengusaha pasaraya di ibu negara melibatkan 11 Parlimen.

Tidak semua insiden pencemaran akibatkan gangguan bekalan air - Air Selangor
Kejadian pencemaran air yang mengakibatkan gangguan bekalan air secara statistiknya kecil, iaitu hanya 19 insiden berbanding keseluruhan 210 kes pencemaran air direkodkan antara tahun 2020 hingga 2022

Makanan dibuang rakyat Malaysia boleh penuhi Menara Berkembar Petronas
Dalam masa dua minggu rakyat Malaysia membuang sisa makanan yang boleh memenuhi ruang dalam Menara Berkembar Petronas.

MCMC lepasi sasaran kemudahan gentian optik di 7.74 juta premis
Kementerian Komunikasi dan Digital berjaya melepasi sasaran fasa pertama untuk pemasangan laluan gentian optik fiber di sebanyak 7.74 juta premis sehingga penghujung Disember 2022.

Formula baharu mengenai bayaran haji yang lebih lestari diperlukan - TH
Tabung Haji bukan sahaja bertanggungjawab kepada jemaah haji, bahkan juga kepada 8.8 juta pendeposit yang menjangkakan pulangan dividen.

Haji: Layanan dan perkhidmatan sama kepada jemaah B40, M40, T20
Perkara yang membezakan ialah bayaran mereka atas dasar kelayakan kemampuan.

Misi kemanusiaan di Turkiye, Syria beralih ke fasa pemulihan - Mercy Malaysia
Situasi bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria kini masuk fasa pemulihan sejak gempa bumi dasyat melanda negara berkenaan pada 6 Februari lalu.

Penggunaan AI amat dialukan tetapi harus waspada soal etika - Lih Kang
Kecerdasan buatan (AI) merupakan teknologi yang mula mendominasi pelbagai industri di dunia. Inovasi ini telah membantu individu, organisasi dan syarikat melonjakkan produktiviti.

'Berfikiran New York, berjiwa Mekah' formula lahirkan graduan TVET berkualiti - Ahmad Zahid
Keseimbangan antara kesejahteraan fizikal dan rohani adalah formula terbaik untuk melahirkan graduan berkualiti.

'Tiada undang-undang benarkan sumbangan kepada parti politik' - Azalina
Tiada undang-undang yang berkuat kuasa membenarkan sumbangan dana kepada parti politik ketika ini.

Kerajaan konsisten laksana pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya - Azalina
Kerajaan komited untuk melaksanakan pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya bagi memastikan integriti institusi perundangan.