awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggunaan katil ICU COVID-19 cecah 83 peratus di seluruh negara - Noor Hisham

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
20/05/2021
23:36 MYT
Penggunaan katil ICU COVID-19 cecah 83 peratus di seluruh negara - Noor Hisham
Noor Hisham menyeru majikan untuk memberi kebenaran kepada pekerja bekerja dari rumah. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan mengesahkan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara mencapai kapasiti 83 peratus, pada Khamis.
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keadaan itu membuatkan sistem kesihatan negara menghadapi tekanan yang amat besar dan memerlukan bantuan orang ramai untuk putuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Berdasarkan data, sebanyak 11 negeri dan wilayah merekodkan penggunaan katil tinggi melebihi 70 peratus.
Antara negeri dan wilayah tersebut adalah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah, Sarawak, Putrajaya, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.
Dalam masa yang sama sebanyak 32 hospital kerajaan di seluruh negara merekodkan penggunaan katil tinggi melebihi 70 peratus.
"Lakukanlah kawalan pergerakan kendiri dengan kekal duduk di rumah.
"Sekiranya terdapat urusan penting di luar, pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).
"Majikan diseru memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah (BDR) dan menghadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa," rayu Noor Hisham.
Pada Khamis, negara merekodkan angka kes baharu sebanyak 6,806 tertinggi sejak pandemik melanda negara.
Ini diburukkan lagi dengan angka kematian yang juga tertinggi iaitu 59 kes.
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#SOP
#ICU
#COVID-19
#pandemik
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan