PORT DICKSON: Pengunaan rokok elektronik akan dikawal ketat menerusi Peraturan-peraturan kawal selia di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang akan dikuatkuasakan bulan ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata setakat ini, pengunaan rokok elektronik masih dikawal selia di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
"(Mengenai cadangan pengharaman vape) undang-undang dan peraturan boleh disemak dan dipinda sekiranya perlu, demi kesihatan awam," katanya kepada pemberita selepas program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) di Waterfront Port Dickson di sini hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun peraturan kawal selia di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 akan dilaksanakan terlebih dahulu, iaitu menjadikan produk merokok termasuk vape sebagai produk yang dikawal selia dengan ketat.
Menurutnya sebarang cadangan lain akan dipertimbangkan mengikut tatacara sedia ada dan harus dibahaskan dalam ruang demokrasi yang matang.
Bagi program hari ini, Dzulkefly berkata KKM memberikan pengiktirafan 'Bersih dan Selamat' (BeSS) kepada enam premis makanan di Persiaran Waterfront Port Dickson.
Beliau berkata pengiktarafan BeSS penting bagi memastikan peraturan kebersihan makanan dan larangan merokok di premis makanan sentiasa dipatuhi.
Dzulkefly berkata bagi aspek pematuhan kepada larangan merokok di tempat larangan di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pula, sebanyak 38,347 notis kesalahan dikeluarkan setakat April ini.
"Bagi Peraturan 11(1)(d), PPKHT 2004 iaitu larangan merokok di tempat makan, sebanyak 16,705 notis kesalahan dikeluarkan setakat April," katanya.
Beliau berkata negeri dengan pengeluaran notis kesalahan merokok di tempat makan tertinggi ialah Selangor (6,174), diikuti Pahang (5,054) dan Johor (3,824).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2024
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bercakap kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra Premis Bersih Bebas Asap (BeBas) di sekitar lot bangunan kedai Waterfront Lukut, hari ini. - Foto BERNAMA
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Kerajaan UK akan haramkan penjualan peranti rokok elektronik pakai buang
Penjualan peranti rokok elektronik atau vape pakai buang akan diharamkan di Britain menjelang musim panas depan.
Maldives larang import dan penggunaan rokok elektronik
Maldives menjadi negara terbaru yang melaksanakan larangan terhadap rokok elektronik.
Polis rampas 5,000 rokok elektronik bernilai lebih RM500,000 di Tumpat
Polis merampas sebanyak 5,000 unit rokok elektronik yang dianggarkan bernilai RM525,000 yang disyaki untuk diseludup ke pasaran tempatan.
KKM perhalusi penjualan produk merokok termasuk menerusi mesin layan diri
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperhalusi peraturan larangan berkaitan penjualan semua produk merokok termasuk menerusi kaedah mesin layan diri (vending machine).
Magic mushroom: Kerajaan Kelantan akan bincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata pihaknya akan meneliti lebih lanjut mengenai perkara itu.
Perlu segera pewartaan peraturan produk vape- MMA
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan supaya segera mewartakan peraturan bagi produk berkaitan rokok elektronik dan vape.
Penggunaan rokok elektronik vape akan dikawal dengan ketat - Dr Dzulkefly
Pengunaan rokok elektronik akan dikawal ketat menerusi Peraturan-peraturan kawal selia di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang akan dikuatkuasakan bulan ini.
Penjualan rokok elektronik perlu pendekatan perundangan lebih serius - IKATAN
Kerajaan perlu mengambil pendekatan perundangan yang serius ke atas penjualan produk merokok khususnya rokok elektronik kepada golongan muda.
KKM kuat kuasa Akta 852, tangani penggunaan rokok elektronik babit golongan muda
Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sepenuhnya pada Jun depan.
Rakyat Malaysia diingatkan cakna perubahan undang-undang Singapura
Ini penting bagi mengelakkan kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat oleh pihak berkuasa.