Penggunaan telefon bimbit ketika memandu kenderaan dan menunggang motosikal dikenal pasti sebagai antara punca utama kemalangan jalan raya di negara ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementerian akan meminta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) untuk menjalankan kajian bagi membuktikan ia satu perkara serius yang perlu diberi perhatian oleh pengguna jalan raya di negara ini.
"Sebenarnya telefon telah banyak mengubah kehidupan kita dengan kewujudan pelbagai aplikasi seperti WhatsApp dan mesej multimedia. Fungsinya bukan lagi menjadi telefon biasa sebaliknya telah menjadi telefon pintar dengan pelbagai kemudahan.
"Hal itu juga mengubah soal keselamatan jalan raya dan menjadi cukup berbahaya apabila kita menggunakannya untuk melayari laman sosial, mengambil gambar, atau mencari lokasi ketika sedang memandu mahupun menunggang motosikal," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha ke-18 di tempat letak kereta bersebelahan Perhentian Bas Bentong, di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Ariffin Che Mat dan Pengarah Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Datuk Jim Khor.
Beliau berkata tema Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha ke-18 iaitu 'Fokus Di Jalan Bukan Di Tangan' adalah bertepatan dengan senario semasa kerana kajian yang dijalankan oleh Miros mendapati 80 peratus kemalangan berpunca daripada kecuaian manusia termasuk penggunaan telefon bimbit.
"Setiap kali kita adakan kempen, mesti ada moto tertentu seperti sebelum ini 'buckle up at back seat' (pakai tali pinggang keledar di kerusi belakang). Sudah hampir 10 tahun kita menjalankan kempen ini, air liur kita pun dah habis, namun kajian mendapati hanya tujuh peratus daripada pemandu di negara ini mematuhi
arahan itu.
"Rakyat Malaysia kalau tiada penguatkuasaan atau penalti mereka akan relaks sahaja. Jadi kita mahukan kedua-duanya dilaksanakan dan ini akan melibatkan kerjasama antara polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kalau tidak kempen hanya jadi kempen," katanya.
Kempen tetap dijalankan
Sehubungan itu, katanya kementerian menerusi agensi yang berkaitan akan terus melakukan kempen keselamatan jalan raya dengan penguatkuasaan lebih agresif secara bersepadu untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.
Bagi tujuan itu juga, katanya kementerian akan mewujudkan JKJR di peringkat daerah bagi memastikan segala kempen yang berkaitan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi.
Dalam masa yang sama juga, kerjasama akan turut dilakukan dengan Kementerian Pendidikan bagi memberi kesedaran undang-undang dan keselamatan jalan raya dalam kalangan pelajar.
Selain itu, Liow turut mengarahkan Miros supaya menjalankan kajian dengan teliti berhubung tempoh hayat sesebuah topi keledar kerana didapati kebanyakan penunggang motosikal di negara ini menggunakan topi keledar yang berusia lebih lima tahun sehingga membahayakan nyawa mereka apabila berlaku kemalangan.
"Sekarang hanya ada ditulis tarikh pembuatan, tarikh luput tidak ada. Apabila kajian ini dijalankan, kita akan pastikan ada tempoh hayatnya dan apabila melebihi tempoh hayat itu, jangan pakai kerana ia membahayakan keselamatan.
"Penetapan peraturan yang berkaitan akan dilakukan selepas kajian itu selesai dilakukan kelak," katanya.
Bernama
Sat Jun 25 2016
Menggunakan telefon pintar ketika memandu boleh mengundang padah. - Gambar hiasan
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Laos, ASEAN bekerjasama pupuk kesedaran penggunaan plastik
Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada aktiviti dalam bidang kuasa Jawatankuasa Kebudayaan dan Maklumat ASEAN (ASEAN-COCI).
Belanjawan 2024: Perhebat Skim Perubatan Madani, pencegahan NCD - Persatuan
Persatuan berkaitan penjagaan kesihatan berharap kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana untuk mengembangkan lagi Skim Perubatan Madani serta meningkatkan pencegahan NCD di bawah Belanjawan 2024.
KKM mahu bentang RUU berkaitan kawalan merokok dengan segera
Kerajaan akan mempergiatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape.
Industri perbankan lancar Kempen Kesedaran Penipuan Kebangsaan
Orang ramai akan dapat melihat lebih banyak iklan kesedaran dan mesej peringatan di saluran bank sendiri serta media sosial dan arus perdana.
Thailand lancar kempen hentikan permintaan terhadap produk gading
Ia usaha menamatkan permintaan terhadap produk gading gajah dan menghalang pengguna membeli produk berkenaan pada masa hadapan.
Hilang habitat, kurang sumber makanan antara faktor konflik manusia-buaya di Sabah
Lebih banyak kesedaran diperlukan di kawasan berpopulasi buaya yang tinggi dengan penganjuran bengkel bersama masyarakat tempatan.
Tomok, Wany Hasrita antara artis yang dilantik sebagai Duta Anti-Scam JSJK
Kesemua figura dipilih kerana mempunyai pengikut yang ramai bagi memudahkan usaha tersebut sampai kepada kumpulan sasaran.
Terengganu pertingkat kempen kesedaran selamatkan penyu
Langkah yang dilakukan itu bagi menggelakkan jumlah hidupan itu terus berkurangan sehingga diancam kepupusan.
Kempen kesedaran patuhi SOP COVID-19 perlu diteruskan - Annuar Musa
Usaha itu tidak boleh terhenti memandangkan rakyat perlu sentiasa diingatkan mengenai peranan mereka.
Kerajaan lancar kempen #Aid4Palestine
Ia sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia bagi membantu rakyat Palestin ketika ini.