LABUAN: Penghadang jalan akan diletakkan di pelbagai tempat apabila sekatan pergerakan penuh di lapan lokaliti bermula pada 12.01 tengah malam Selasa ini, kata Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila.
Beliau berkata penghadang jalan akan diletakkan secara tetap dari 15 hingga 28 Jun di lokasi yang dikenal pasti untuk menghalang lalu lintas dan orang ramai dari keluar masuk di lokaliti sekatan pergerakan.
"Sekatan pergerakan dalam lokaliti ialah bagi membolehkan petugas kesihatan melaksanakan ujian saringan COVID-19 dan mengawal jangkitan dengan berkesan dalam kawasan terbabit," katanya dalam satu sidang media di sini pada Ahad.
Sekatan pergerakan penuh melibatkan pusat bandar (kecuali Kompleks Ujana Kewangan Labuan), Kampung Sungai Keling, Simpang Sahari, Kampung Bukit Kalam, perkampungan air Kg Patau-Patau 1 and 2, Taman Perumahan Mutiara Sg Bedaun, Kampung Layang-Layangan, Kampung Durian Tunjong dan Kampung Tanjung Aru.
Ahmad berkata penghadang jalan itu akan diletakkan di Simpang SK 11 Victoria Driving Range (satu penghadang jalan) dan laluan jirat Cina (tiga penghadang jalan) di Kg Sg Keling, Jalan Bebuloh Simpang Masjid, Taman Mutiara Jalan Belakang Blok M27 dan Inap Desa Layangan Phili.
Jalan-jalan lain diletakkan penghadang jalan adalah Jalan Durian Tunjong, Jalan Penghulu Tuah ke Jalan Mohd Salleh, Jambatan Jalan Tanjung Aru dan Simpang Masjid Sirajul Islam Jalan Tanjung Aru.
Sekatan jalan raya di Jalan Tun Mustapha dan Patau-Patau ke arah pusat bandar dikekalkan, sementara pusat pemeriksaan laluan akan diwujudkan di Simpang SK63 Sg Keling; Simpang Sahari, Kg Bukit Kalam; Kedai Ayam Segar Taman Mutiara/Perumahan LDA; bulatan di Kg Layang-Layangan (berhadapan Layangan Superstore), Simpang Hilltop, Durian Tunjong dan Jalan Tanjung Aru (berhadapan Perumahan Jabatan Laut).
"Sekurang-kurangnya 216 petugas daripada polis, tentera, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Penguatkuasaan Perbadanan Labuan ditugaskan untuk menguatkuasakan perintah sekatan pergerakan yang lebih tegas," kata Ahmad.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Labuan Rithuan Ismail berkata penduduk yang tinggal di lokaliti yang bukan dikenakan sekatan pergerakan penuh perlu terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Labuan merekodkan 158 kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes mencecah 6,042.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 13 2021
Penghadang jalan akan diletakkan di pelbagai tempat apabila sekatan pergerakan penuh di lapan lokaliti di Labuan bermula pada 12.01 tengah malam Selasa. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Industri fesyen berkembang lebih maju ketika PKP dengan e-dagang
Penerokaan platform ekonomi digital atau e-dagang menjadi batu loncatan untuk membolehkan industri fesyen dapat bertahan serta berkembang di tengah-tengah pandemik COVID-19.
547 individu ingkar SOP ditahan dalam tempoh 24 jam - Ismail Sabri
Seramai 547 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar prosuder operasi standard (SOP) dalam tempoh 24 jam.
Kibar bendera atau tidak, bantuan tetap diberi - Shariffa Sabrina
Tanda pagar bendera putih berkibaran di alam maya dan di dunia realiti, kibarannya membawa makna adanya kepayahan dan keperitan yang tersembunyi.
COVID-19: R-naught negara meningkat 1.07, Pahang tertinggi dengan 1.24
Kadar kebolehjangkitan terendah yang dicatatkan sepanjang sekatan pergerakan penuh ialah 0.90 pada 12 Jun dan kini meningkat kepada 1.07, pada Sabtu.
COVID-19: R-naught negara pada paras 1.07, meningkat tujuh hari berturut-turut
Kadar kebolehjangkitan terendah yang dicatatkan ketika total lockdown ialah 0.90 pada 12 Jun dan kini meningkat kepada 1.07, pada Jumaat.
Tiada strategi keluar punca 'lockdown' berulang, terus berulang - Pakar
Ada negara yang melaksanakan 'lockdown' tanpa tindakan susulan yang wajar, iaitu tidak meningkatkan jumlah saringan.
Total lockdown boleh jejaskan kesihatan mental - Pakar psikologi
Ketua keluarga perlu bijak mengawal emosi supaya dapat berfikir dengan rasional sekali gus membantu mereka mengurus keluarga dengan lebih baik dalam tempoh sukar sekarang.
Melaka benarkan 250 jemaah solat Jumaat di 7 masjid
Melaka membenarkan 250 jemaah solat Jumaat bagi tujuh masjid kerajaan dan 100 orang di 188 masjid kariah dan institusi seluruh negeri, mulai esok.
Pakej PEMULIH dirancang rapi, menyeluruh - Pakar ekonomi
Pakej PEMULIH yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat dirancang rapi dan menyeluruh bagi memastikan tiada pihak yang tersisih dalam mendepani krisis COVID-19
COVID-19: Hospital Medan Labuan terima kumpulan pesakit pertama
Pesakit terbabit adalah dari pelbagai kluster aktif termasuk beberapa banduan dari Kluster Tembok Labuan di Pusat Koreksional Labuan.