awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantar ayam, Shahrukh Khan maut tersepit lif

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
23/09/2018
09:12 MYT
Penghantar ayam, Shahrukh Khan maut tersepit lif
Mohammad Shahrukh Khan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala apabila tubuhnya tersangkut di lif barang di restoran berkenaan. - Foto PDRM/JBPM
Malang tidak berbau.
Seorang remaja yang bekerja sebagai penghantar ayam maut selepas tersepit lif di tingkat tiga sebuah restoran terkenal di George Town, Pulau Pinang pagi tadi.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Mohammad Shahrukh Khan Mohd Mydin, 19 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala apabila tubuhnya tersangkut di lif barang di restoran berkenaan.
Mayat Mohammad Shahrukh Khan dibawa keluar oleh pihak Bomba dan Penyelamat dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Seorang pegawai polis cuba mengalihkan mayat mangsa. - Foto PDRM/JBPM
Seorang pegawai polis cuba mengalihkan mayat mangsa. - Foto PDRM/JBPM
Sementara itu, ahli keluarga memberitahu, mangsa telah bekerja sebagai penghantar ayam sejak setahun lalu dan sering menghantar bekalan ayam segar ke restoran berkenaan.
Difahamkan, mangsa ada menghubungi ibunya kira-kira jam 6 pagi tadi namun panggilannya tidak berjawab.
Mohammad Shahrukh Khan merupakan anak pertama daripada enam adik-beradik. Dia sepatutnya menyambut hari ulang tahun kelahirannya esok dan berhasrat untuk mengambil cuti untuk membawa ibu dan bapanya bercuti.
Mohammad Shahrukh Khan sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya esok. - Foto PDRM/JBPM
Mohammad Shahrukh Khan sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya esok. - Foto PDRM/JBPM
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang mengesahkan kejadian.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Topic Berkaitan
#George Town
#shahrukh khan mohd mydin
#tersepit lif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan