awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
MSPO-ASSC buat MoU untuk pacu permintaan minyak sawit mampan di Jepun
MALAYSIA
Semakan Cukai SST: Beri subsidi bersasar dua peringkat kepada B40, M40 - MATA
MALAYSIA
SC tambah 59 nama dalam Senarai Amaran Pelabur bagi suku pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Penghantar makanan dipenjara setahun, sebat subahat tipu pinjaman telefon bimbit

Bernama
Bernama
20/06/2025
09:45 MYT
Penghantar makanan dipenjara setahun, sebat subahat tipu pinjaman telefon bimbit
Majistret Illi Marisqa Khalizan yang menjatuhkan hukuman itu ke atas Salman memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun dan satu sebatan terhadap seorang penghantar makanan selepas mengaku bersalah bersubahat menipu seorang wanita berhubung permohonan pinjaman bagi mendapatkan sebuah telefon bimbit, empat bulan lepas.

Ringkasan AI
  • Seorang penghantar makanan dijatuhi hukuman penjara setahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah bersubahat menipu permohonan pinjaman telefon bernilai RM8,329 menggunakan dokumen dan kad pengenalan palsu.
  • Kesalahan dilakukan pada 1 Februari lalu di sebuah pusat beli-belah, melibatkan kerjasama dengan seorang wanita yang turut terlibat dalam penipuan terhadap pegawai kredit.
  • Mahkamah mengenakan hukuman di bawah Seksyen 109 dan 420 Kanun Keseksaan, manakala tertuduh yang menyara empat anak memohon hukuman diringankan kerana tiada pendapatan tetap.

Majistret Illi Marisqa Khalizan memerintahkan Salman Abdullah, 31, menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Salman didakwa bersubahat dengan seorang wanita berumur 32 tahun untuk menipu seorang pegawai penilaian kredit supaya meluluskan permohonan pinjaman bernilai RM8,329 bagi mendapatkan sebuah telefon bimbit daripada sebuah syarikat pengedar dengan cara mengemukakan slip gaji syarikat yang tidak wujud serta menggunakan kad pengenalan Malaysia palsu.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah pusat beli-belah pada 1 Feb lepas mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 420 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dengan sebat dan boleh didenda.
Timbalan Pendakwa Raya Syafika Azwa Fikri memohon hukuman setimpal untuk memberikan pengajaran kepada lelaki itu manakala peguam Edwin Tomas daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh, memohon hukuman penjara singkat kerana anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan perlu menyara empat anak yang masih kecil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penghantar makanan
#bersubahat menipu
#penipuan pinjaman
#Telefon bimbit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami