awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghantaran kedua barangan ke Gaza selamat berlepas pada 10.55 malam

Astro Awani
Astro Awani
10/11/2023
15:33 MYT
Penghantaran kedua barangan ke Gaza selamat berlepas pada 10.55 malam
Proses penghantaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
SEPANG: Penghantaran kedua barangan keperluan utama bantuan kemanusiaan dari rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin selamat berlepas pada jam 10.55 malam tadi.
Penerbangan kargo sewaan khas itu membawa muatan sebanyak 20 tan barangan keperluan perubatan, barangan bayi, pakaian dan makanan yang diuruskan melalui Ops Ihsan.
Proses penghantaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu disaksikan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang ditemui media di lokasi pelepasan merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penghantaran itu termasuk rakyat Malaysia yang menyumbang kepada rakyat Palestin.
Dalam pada itu, ketika ditanya penghantaran sarung tangan getah ke Gaza memandangkan itu antara keperluan mendesak, beliau berkata kerajaan kini sedang menunggu maklumat berapakah jumlah yang diperlukan di sana.
“Kita sebenarnya sudah mengumpul 100,000 sarung tangan dan kita masih menanti pengesahan, berapakah jumlah sebenarnya yang diperlukan.
“Sekarang ini, yang diserahkan kepada Kementerian Luar Negeri (KLN) adalah sumbangan daripada Majlis Getah Malaysia, sebanyak 100,000 sarung tangan.
“Kita dah berhubung dengan syarikat pengeluar. Kalau diperlukan, mereka akan bersedia untuk memberikan sumbangan,” katanya.
Tambah beliau, selepas laporan diperoleh, segala bentuk urusan penghantaran akan diuruskan Kementerian Luar Negeri.
Penghantaran bantuan kali kedua pada Jumaat malam adalah baki daripada 50 tan yang telah dikumpulkan rakyat Malaysia.
Penghantaran bantuan kali pertama ke Gaza dari Malaysia adalah pada 3 November lepas.
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#Gaza
#Kementerian Luar
#KLIA
#Ops Ihsan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan