Kerajaan disaran supaya mengharamkan penjualan rokok elektronik (vape) dan shisha stick agar sejajar dengan keputusan bahawa hukum menghisap vape dan shisha stick adalah haram.
Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata selaras dengan keputusan pengharaman itu, kerajaan juga perlu mengambil kira perkara yang menyumbang kepada aktiviti berkenaan.
"Dalam Islam diharamkan arak bukan untuk minum saja, penjualan, pelesenan, penyediaan, semua diharamkan apabila kita menyumbang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 Nov lalu memutuskan hukum menghisap vape dan shisha stick adalah haram kerana akan menyebabkan berlaku kemudaratan dan pembaziran kepada masyarakat Islam.
Syeikh Muhamad menjelaskan keputusan itu diambil setelah dibincangkan dengan teliti dan diberi penerangan khusus daripada pihak farmasi, serta berpandu ayat al-Quran.
"Ia hanya mendatangkan kemudaratan khusus kepada generasi yang akan kendalikan urusan pentadbiran negara pada masa akan datang, bukan sahaja orang Islam tapi semuanya," katanya.
Vape dikatakan berbahaya kerana mengandungi sejenis nikotin yang bervariasi iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol dan gliserin, yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine sejenis larutan yang boleh menyebabkan kanser.
Sementara itu Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Mohammad Nazer Mustafa yang turut menyokong sepenuhnya keputusan pengharaman berkenaan berkata penggunaan vape atau sisha stick dilihat sebagai taktik baharu mengambil dadah.
Berbanding penggunaan suntikan jarum sebelum ini, pengguna boleh memasukkan bahan-bahan terlarang ke dalam perisa-perisa Vape sedia ada seperti ganja, syabu serta nikotin, katanya.
Jelasnya perkara tersebut sukar dikawal dan bakal menjadi fenomena membimbangkan apabila pelajar sekolah dilihat antara mereka yang banyak menggunakan vape atau shisha stick.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah Datuk Yusof Ismail turut meminta kerajaan bertindak tegas mengharamkan penjualan dan pengedaran vape di seluruh negara bagi mengelakkan kekeliruan kepada peniaga dan pengguna.
"Kalau misalnya Kedah haramkan, tapi bila orang Kedah ini nak pergi ke negeri yang tidak mengharamkannya, maka adakah dia boleh menggunakannya," katanya.
Bernama
Fri Nov 27 2015
SYEIKH MUHAMAD BADERUDIN: Selaras dengan keputusan pengharaman itu, kerajaan juga perlu mengambil kira perkara yang menyumbang kepada aktiviti berkenaan. -fotoBERNAMA
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Tidak perlu terlalu terkesan dengan lawak perkauman - Belia
Wakil Malaysia Southeast Asia Youth Leadership Program, Amira Aliya Abd Aziz berkata tidak perlu ambil hati dengan jenaka bersifat perkauman selagi mana ia tidak melibatkan isu-isu yang sensitif. Jelasnya, masyarakat berhak untuk membuat pendirian tersendiri terhadap jenaka-jenaka yang dibuat tetapi tidak perlu sehingga dipanaskan secara keterlaluan. #DialogAnakMuda
Raikan perbezaan selagi tidak menggunakan kaum untuk meraih perhatian - Mahasiswa
Setiausaha Agung Demokrat Universiti Malaya, Krishan Renganathan berkata perbezaan pandangan dalam sebuah negara demokrasi adalah suatu yang lumrah. Jelasnya, batas dalam perbezaan itu adalah tidak menggunakan sensitiviti kaum untuk meraih perhatian dan memancing isu. #DialogAnakMuda
Pupuk sikap mendengar tanpa bersifat emosional, reaksi terburu-buru - Belia
Graduan undang-undang Taylor’s University Malaysia, Faith Ling berkata masyarakat perlu amalkan sikap mendengar dari semua pihak secara terbuka tanpa bersikap emosional dan memberi reaksi secara terburu-buru demi menyantuni perbezaan pendapat yang wujud. Jelasnya, isu seperti konflik Israel-Palestin adalah terlalu kompleks dan perlu diamati dengan berhati-hati demi menjaga keharmonian. #DialogAnakMuda
Minda individu bawah 25 tahun lebih mudah dilentur hormat sensitiviti kaum - Pemimpin GSL
Pengurus Program Pemimpin GSL, Bernard Ow berkata minda generasi bawah 25 tahun lebih mudah untuk dilentur dan dilahirkan sebagai agen perpaduan dalam masyarakat. Jelasnya, perkara utama yang perlu ditekankan adalah aspek menghormati perbezaan pandangan yang rencam dalam konteks Malaysia. #DialogAnakMuda
Elak berbalah, kemungkinan anak bulan Syawal kelihatan pada Jumaat tipis - Mufti Kedah
Umat islam dinasihatkan agar tidak berbalah dan mempercayai khabar angin tentang spekulasi tarikh Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal nanti.
Jangan terlalu emosi keluar komen kepada agamawan - Mufti Kedah
Syeikh Fadzil berkata, Allah meletakkan golongan ulama dan agamawan di tempat yang tinggi dan perlu dihormati masyarakat.
Curi ketika darurat: Dosa terhapus jika pemilik halalkan - Mufti Kedah
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang berkata, mencuri merupakan satu perbuatan yang salah sama ada dari aspek agama mahupun perundangan, walaupun terpaksa melakukannya untuk kelangsungan hidup.
Boleh untuk enggan terima vaksin COVID-19, tetapi jangan sebar berita palsu - Mufti Kedah
Mufti Negeri Kedah, Datuk Sheikh Fadzil Awang menyatakan bahawa setiap individu mempunyai hak untuk membuat keputusan termasuk bagi tidak menerima suntikan vaksin COVID-19.
Mansuh kumpulan G25 - Mufti Kedah
Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad hari ini menyarankan agar kumpulan bekas penjawat awam G25 dimansuhkan.
Aktiviti golongan muda perlu diselitkan aktiviti keagamaan
Kerajaan negeri perlu mengorak langkah, mana-mana program yang melibatkan penyertaan golongan muda haruslah diselitkan dengan aktiviti-aktiviti keagamaan.