awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penghulu kampung maut kereta dipandu bertembung traktor

Bernama
Bernama
21/06/2014
04:03 MYT
Penghulu kampung maut kereta dipandu bertembung traktor
POLIS: Mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan traktor.
Penghulu mukim Bentong Mohamad Bakri Abu Talib, 53, maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah traktor di KM 35 Jalan Pekan-Batu Balik, dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman hari ini berkata mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan dalam kejadian 9 malam semasa sedang dalam perjalanan dari arah Pekan menuju ke rumahnya di Salong.
Katanya, pada masa yang sama sebuah lagi kereta yang dipandu Sahnizan Mohd Razali, 33, berada kira-kira 200 meter di belakang mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Chini.
"Di tempat kejadian, mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan traktor yang dipandu oleh Nordin Osman, 38, yang baru selesai bekerja dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Temai Hulu, katanya kepada pemberita.
Akibat perlanggaran itu, kereta Proton Iswara yang berada di belakang mangsa, gagal memberhentikan kenderaannya lalu terbabas ke dalam gaung di sebelah kiri jalan menghala ke Batu Balik, katanya.
Beliau berkata, mangsa mati di tempat kejadian manakala pemandu kereta Proton Iswara dan traktor terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kata Yahaya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#penghulu
#Yahaya Othman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan