KUALA LUMPUR: Cadangan berkaitan penghormatan dan pengiktirafan protokol Ahli Dewan Negara di peringkat kerajaan negeri mendapat perhatian serta persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut kenyataan Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara, cadangan itu diajukan dalam sesi dialog pada Majlis Perjumpaan Khas Perdana Menteri Bersama Ahli-Ahli Dewan Negara di Parlimen di sini semalam, yang turut dihadiri Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.
Kenyataan itu menyebut Anwar sendiri akan berhubung dengan pihak kerajaan negeri untuk memberikan perhatian mengenai perkara tersebut tanpa mengira pelantikan Ahli Dewan Negara daripada mana-mana parti.
"Perdana Menteri turut bersetuju akan mempertimbang peruntukan untuk setiap Ahli Dewan Negara yang akan dibawa ke peringkat perbincangan di Kementerian Kewangan," menurut kenyataan itu.
Rais turut mengemukakan cadangan kepada Anwar untuk menimbangkan pengisian semula Ahli-Ahli Dewan Negara yang memiliki kepakaran dalam bidang kebudayaan, perindustrian, perdagangan dan perkhidmatan awam yang masih kosong bagi melengkapi dan memperkasa fungsi serta peranan Dewan Negara.
Turut hadir Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul, Menteri Luar Senator Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan 41 Ahli Dewan Negara.
Pada majlis itu, Rais juga membangkitkan semula cadangan transformasi Parlimen dan menurut beliau, usul berhubung Transformasi Parlimen diluluskan di Dewan Negara pada 21 Okt 2021 namun belum dilunaskan hingga kini.
Transformasi Parlimen menumpukan syor supaya Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dihidupkan semula dengan beberapa pindaan.
Terdahulu, Anwar dilapor berkata proses mengembalikan akta itu perlu dipercepat bagi memastikan Parlimen bebas daripada kuasa eksekutif dan usaha transformasi Parlimen juga penting untuk mengekalkan demokrasi serta kebebasan bersuara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023

Anwar dan Rais ketika sesi ramah mesra dan soal jawab pada Perjumpaan Khas Perdana Menteri bersama Ahli Dewan Negara di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, 14 Feb 2023. --fotoBERNAMA

Pemandu lori ditetak angkara dendam lama
Dendam disyaki punca seorang pemandu lori cedera akibat ditetak seorang lelaki yang bersenjatakan parang di sebuah rumah di Pandan Perdana, pada Selasa.
Singapura naik tarif air 18 peratus dalam dua fasa
Ketika ini air boleh diminum di Singapura berharga 2.74 dolar Singapura (RM9.40) untuk setiap 1,000 liter atau setiap meter padu, sebelum cukai bagi kebanyakan isi rumah.
Jawatankuasa harmoni diwujudkan semula
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar, jawatankuasa itu akan dianggotai pemimpin-pemimpin agama di negara ini.

Ayda Jebat masih pilih pembedahan Caesarean bersalin anak kedua Disember ini
Menurut Ayda, 31, perkara tersebut turut dipersetujui suaminya, Nabil Mahir dan membuat keputusan tersebut kerana sudah melalui pengalaman serupa yang disifatkan cukup indah.
BN perlu menang, bina keyakinan menuju PRU16
Jelas Mohamad, begitu pun kemenangan BN pada PRK DUN Pelangai tidak boleh menjadi ukuran kepada kekuatan gabungan tersebut.

Wanita parah dihempap pokok ketika mandi air terjun
Seorang wanita cedera parah manakala dua lagi rakannya mengalami cedera ringan selepas dihempap pokok ketika mandi di Air Terjun Batu Bertenggek pada Khamis.

JBPM rancang tempatkan helikopter di Sabah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam perancangan untuk proses perolehan helikopter untuk ditempatkan di Sabah.
AWANI Ringkas: Caj transaksi 1 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mengapa syarikat penerbangan tidak boleh bekerjasama? - Tony Fernandes
Syarikat penerbangan disaran menjalin kerjasama agar dapat memacu sektor pelancongan yang berperanan besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara.

Tiada lagi telatah Pak Ali The Legend
Pemergian Allahyarham Mohamad Ali Husin, 66, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ali The Legend' pada petang Selasa lalu, sangat dirasai peminatnya terutama di negeri ini.

Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik - PM
Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan.

5G: Kemampanan teknologi tidak harus dinikmati golongan elit, pemerintah sahaja - Anwar
Kerajaan mahu setiap rakyat di negara ini termasuk di bandar dan kawasan pedalaman mendapat akses dan peluang yang sama untuk menikmati pembangunan yang mampan termasuk rangkaian 5G.

Rombakan Kabinet: Saya tengah fikir - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang mempertimbangkan perkara tersebut, di sebalik desas-desus itu.

Tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Masa sesuai rombak Kabinet, jangan lantik individu 'kitar semula' - Penganalisis
Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melakukan secara berhemah bagi memastikan keputusan yang diambil tidak menyentuh perasaan parti-parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Anwar dijangka rasmi PIPOC 2023, tampil lebih 100 pakar sawit global - MPOB
Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2023 pada 7-9 November ini, akan mengetengahkan lebih 100 penceramah dan pakar terkemuka dunia.

Anwar harumkan kembali nama Malaysia di mata dunia - Nazri
Ucapan Anwar yang mengutuk sikap hipokrit PBB terhadap Palestin juga mendapat pujian banyak pihak.

Kepulangan PM Anwar dari AS disambut meriah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di tanah air hari ini selepas mengadakan lawatan kerja ke New York, Amerika Syarikat.

Tuduhan qazaf: JAWI terima empat laporan, akan teruskan siasatan - Mohd Naim
Mohd Na'im berkata siasatan dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah.

Masalah tangani media sosial tidak harus jadi alasan bendung hak media - Kumpulan wartawan & pemimpin media
Kumpulan wartawan dan pemimpin media memandang serius tindakan SKMM sejak kebelakangan ini yang memberi amaran, memanggil dan menyekat beberapa portal berita.