PUTRAJAYA: Rayuan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan sembilan lain untuk merujuk beberapa persoalan perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan ditolak oleh Mahkamah Rayuan hari ini.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim berpendapat tiada kesilapan membolehkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, justeru mengekalkan keputusan tersebut.
Mahkamah kemudian menolak rayuan tersebut tanpa perintah berhubung kos.
Mengenai bantahan awal oleh Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan, yang mewakili kerajaan dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa permohonan rujukan perlembagaan tidak boleh dirayu, Hakim Has Zanah berkata permohonan rujukan itu boleh dirayu kerana ia akhirnya melupuskan hak pihak perayu.
Rayuan tersebut dikemukakan oleh Pengerusi Bersih 2.0, Thomas Fann Peng Tong, enam badan bukan kerajaan (NGO) serta two ahli politik PKR, Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
NGO tersebut ialah Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK), Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Save River dn Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).
Selain Mohd Yusmadi dan Shamsul Iskandar, Mahkamah Tinggi pada 1 April tahun lalu, membenarkan tiga ahli Pas -- Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, ahli Dewan Negara, Khairil Nizam Khirudin dan Senator Mohd Apandi Mohamad menjadi pencelah dalam saman Bersih 2.0 dan NGO itu terhadap kerajaan Malaysia dan Muhyiddin Yassin.
Dalam saman pemula mereka, mereka memohon pengisytiharan bahawa Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 adalah menyalahi undang-undang dan tidak berperlembagaan, oleh itu terbatal dan tidak sah.
Pada 18 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menolak permohonan mereka untuk merujuk persoalan perlembagaan di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, ke Mahkamah Persekutuan.
Bersih 2.0 mengemukakan tujuh persoalan undang-undang mengenai kesahihan pengisytiharan darurat berkuat kuasa dari 21 Jan 2021 hingga 1 Ogos 2021 bagi membendung penularan pandemik COVID-19 yang bermula secara global pada awal 2020.
Pada prosiding hari ini secara dalam talian, Bersih 2.0 dan NGO tersebut diwaklii peguam Edmund Bon Tai Soon, New Sin Yew dan Jacqueline Hannah Albert manakala kerajaan dan Muhyiddin Yassin diwalkili oleh Peguam Persekutuan, Noor Atiqah Zainal Abidin.
Peguam A. Surendra Ananth bertindak bagi pihak Mohd Yusmadi dan Shamsul Iskandar dan tiga ahli PAS oleh peguam Mohammed Zamri Ibrahim.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022

Panel tiga hakim berpendapat tiada kesilapan membolehkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, justeru mengekalkan keputusan tersebut. - Gambar hiasan

Setiap menteri perlu serius sahut agenda Malaysia Madani - Rozhan Othman
Perlu ada tindakan susulan yang serius oleh setiap kementerian untuk menjayakan agenda Malaysia Madani.

Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

APM mohon kerajaan pertimbang 1,501 jawatan kontrak
Penambahan perlu dibuat kerana rakyat Malaysia memiliki pengetahuan yang luas dan berjiwa besar untuk menjadi anggota APM.

SSM cadang semak semula kriteria pengecualian audit bagi syarikat persendirian di Malaysia
SSM berkata, cadangan semakan semula itu akan dijalankan melalui kaedah konsultatif.

Parti pembangkang India mahu Adani Group disiasat
Tuntutan parti pembangkang supaya isu itu dibincangkan di parlimen ditolak.

Pakej internet murah: Perlu tingkat kualiti perkhidmatan di Sabah
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap akan tidak begitu bermakna sekiranya liputan internet masih tidak mencapai tahap yang memuaskan.

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

Kes SRC International: Najib gagal bantah Abu Bakar dengar semakan hukumannya
Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk membantah komposisi Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais daripada senarai hakim-hakim untuk mendengar permohonan semakan sabitan dan hukuman kes SRC.

Abang Iskandar angkat sumpah sebagai Presiden Mahkamah Rayuan
Abang Iskandar, 63, dari Sarawak, menggantikan Tan Sri Rohana Yusuf yang bersara pada November tahun lepas.

Mahkamah rayuan benar rayuan MAIS, kerajaan Selangor untuk kembali status agama wanita
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan negeri Selangor hari ini berjaya dalam rayuan untuk mengembalikan status agama Islam seorang wanita berusia 37 tahun.

Isu pampasan tanah Orang Asli Seletar selama satu dekad selesai
Pertikaian isu tanah yang berlarutan selama satu dekad diselesaikan hari ini.

Dua lelaki dipenjara lima tahun miliki pisau, kapak di tempat awam
Mahkamah mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas dua lelaki kerana memiliki kapak dan pisau di tempat awam tanpa kebenaran.

Rayuan kes rasuah hibrid solar Rosmah dijadualkan semula 11 Julai
Pendengaran rayuan Rosmah Mansor terhadap sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kesalahan rasuah membabitkan projek hibrid solar untuk 369 sekolah di Sarawak dijadualkan semula.

Kes bunuh penghuni tahfiz: Rayuan remaja didengar 9 Mac 2023
Remaja itu yang kini berusia 21 tahun, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos 2020 yang memerintahkannya ditahan di penjara.

Warga Singapura terlepas tali gantung, dipenjara 16 tahun kerana miliki dadah
Tan Khee Sen terlepas hukuman sebatan kerana undang-undang mengecualikan lelaki berumur 50 tahun ke atas daripada disebat.

MPKB BRI tangguh tindakan kunci tayar kereta di Kota Bharu serta-merta
MPKB BRI menangguhkan serta-merta tindakan kunci tayar kenderaan yang diparkir dalam petak parkir kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

MyCC gagal dapat kebenaran merayu dalam kes Grab Holdings
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.