awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengisytiharan harta perlu dilakukan kepada firma audit bebas - Noor Farida

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
15/08/2015
00:00 MYT
Pengisytiharan harta perlu dilakukan kepada firma audit bebas - Noor Farida
NOOR FARIDA: Pengisytiharan aset perlu dilakukan kepada firma audit bebas yang boleh membuat langkah-langkah pengesahan termasuk pemeriksaan terhadap akaun-akaun bank.
Pengisytiharan aset oleh ahli-ahli politik dan penjawat awam kanan perlu dilakukan kepada sebuah firma audit yang bebas, kata Datuk Noor Farida Ariffin.
Bekas duta Malaysia ke Belanda itu berkata, tindakan sewajarnya perlu dilakukan jika undang-undang yang memerlukan pengisytiharan aset daripada dua golongan itu dilaksanakan pada masa akan datang.
"Pengisytiharan aset ini perlu dilakukan kepada sebuah firma audit yang bebas yang boleh membuat langkah-langkah pengesahan termasuk pemeriksaan terhadap akaun-akaun bank," kata Noor Farida dalam ucapannya ketika menghadiri Majlis Pelancaran Bersih 4 di Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Jumaat malam.
Transparency International Malaysia (TI-M) pada 6 Julai menggesa pindaan dilakukan ke atas Seksyen 36 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membolehkan SPRM mengeluarkan notis mengarahkan mana-mana ahli politik atau kakitangan awam yang disyaki terlibat rasuah mengisytiharkan harta.
Isu berkenaan sebelum ini turut mendapat perhatian Ketua UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang menyarankan agar kerajaan mewujudkan badan khas untuk mencari mekanisme pengisytiharan harta yang lebih telus dan lebih sistematik.
Sementara Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pula menyarankan agar Ahli Parlimen mengisytiharkan harta masing-masing bagi mengelak berlakunya pertelingkahan kepentingan.
Topic Berkaitan
#aset
#firma audit
#isytihar harta
#Noor Farida Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan