awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penglibatan rakyat dalam aktiviti KDN mudahkan penyaluran polisi - Shamsul Anuar

Bernama
Bernama
04/04/2023
16:08 MYT
Penglibatan rakyat dalam aktiviti KDN mudahkan penyaluran polisi - Shamsul Anuar
Penglibatan seumpama itu juga akan memudahkan rakyat memahami dasar kementerian serta mengeratkan hubungan baik yang akhirnya memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. - Gambar fail/ Bernama
PETALING JAYA: Penglibatan rakyat dalam setiap aktiviti anjuran agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memudahkan penyaluran dan pelaksanaan polisi atau dasar kementerian itu kepada golongan akar umbi.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata penglibatan seumpama itu juga akan memudahkan rakyat memahami dasar kementerian serta mengeratkan hubungan baik yang akhirnya memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
"Saya percaya pendekatan berterusan (program bersama rakyat) dan boleh dilakukan jika rakyat menyokong setiap polisi yang kami lakukan, mengeratkan lagi hubungan rakyat dan KDN.
"Sebagai contoh, rakyat menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa serta menyampaikan maklumat tertentu," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai dan Iftar Warga Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini pada Selasa.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDN
#Ketua Polis Negara
#iftar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan