KUALA LUMPUR: Penglibatan wanita dalam sektor pendidikan adalah memberangsangkan berdasarkan Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) 2021 yang menunjukkan pencapaian golongan itu melebihi lelaki dengan skor 1.060.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataan semalam memaklumkan kadar enrolmen kasar pada 2021 bagi perempuan di peringkat rendah dan menengah masing-masing adalah 98.4 peratus dan 94.5 peratus manakala lelaki merekodkan 98.1 peratus dan 90.6 peratus.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena penganjuran Webinar Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) bertajuk "Women In Search Of Exellence" berkata di peringkat tertiari pula, wanita merekodkan 46.9 peratus berbanding lelaki, 33.3 peratus.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) wanita dalam pasaran buruh di Malaysia adalah rendah iaitu 0.555 (55.5 peratus) berbanding sasaran 59.0 peratus pada 2025 berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).
Dalam pada itu, penglibatan wanita dalam sektor ekonomi pada 2021 mencatatkan 76.6 peratus golongan itu bekerja dalam sektor Perkhidmatan manakala 15.1 peratus dalam sektor Pembuatan.
"Hanya sebilangan kecil daripada mereka yang bekerja di sektor perlombongan dan pengkuarian. Dari segi purata gaji dan upah bulanan pekerja perempuan pada 2021 meningkat kepada RM2,968 berbanding RM2,899 pada 2020," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu representasi wanita dalam sosiopolitik turut mengalami cabaran dengan penguasaan politik mencatatkan skor terendah iaitu 0.100, menunjukkan wanita masih jauh ketinggalan berbanding lelaki dalam jawatan menteri dan Ahli Parlimen.
Titah ucapan perasmian Webinar bertemakan "Wanita Dalam Pasaran Buruh: Dilema dan Peluang" anjuran DOSM dengan kerjasama YTF itu disampaikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022
Indeks Jurang Gender Malaysia 2021 menunjukkan, pencapaian golongan wanita dalam sektor pendidikan melebihi lelaki dengan skor 1.060. - Gambar hiasan/BERNAMA
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
[KOLUMNIS] Semarak Kampus MADANI perkasa hubungan KPT, IPT
LANDSKAP pendidikan di Malaysia mencatat satu lagi fenomena dengan kejayaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam program Semarak Kampus MADANI atau Jerayawara KPT.
Manfaatkan teknologi AI dalam sektor pendidikan
Perbincangan diperlukan mengenai cara-cara untuk mengintegrasikan AI ke dalam sistem pendidikan secara berkesan.
Diskusi Meja Bulat: Kualiti Pendidikan Negara diperluas ke seluruh negara - Fadhlina
Diskusi Meja Bulat: Kualiti Pendidikan Negara, akan dibawa ke seluruh negara bagi mendapatkan pelbagai pandangan daripada pihak berkepentingan.
Lebih 90 peratus lepasan institusi MARA dapat pekerjaan selepas tamat pengajian
Lebih 90 peratus lepasan institusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berupaya mendapatkan pekerjaan sebaik menamatkan pengajian.
Kelantan peruntuk RM30,000 bagi sektor pendidikan untuk setiap DUN
Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM30,000 secara tahunan untuk setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi sektor pendidikan.
Penglibatan wanita dalam sektor pendidikan memberangsangkan - DOSM
Mohd Uzir berkata, di peringkat tertiari pula, wanita merekodkan 46.9 peratus berbanding lelaki, 33.3 peratus.
Suara Rakyat: RMK-12 diharap beri tumpuan sektor komunikasi, pelancongan, kesihatan, pendidikan
Rakyat berharap agar Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang bakal dibentang hujung bulan ini dapat menambah baik dan memulihkan kembali beberapa sektor yang terkesan akibat COVID-19.
[KOLUMNIS] KPM perlu segera tambah baik PdPR
Amalan PdPR perlu ditambah baik segera supaya keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.
COVID-19: 79 sekolah di Selangor diarah tutup dua hari
Sebanyak 79 buah sekolah di Selangor diarah tutup selama dua hari selepas kes COVID-19 dilaporkan.
COVID-19: 83 kluster sektor pendidikan sepanjang 2021 - Dr Adham
Daripada jumlah 83 kluster tersebut, sebanyak 49 atau 59.04 peratus kluster dengan 2,617 kes adalah masih aktif.