awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengoperasian sekolah: Penugasan guru tidak divaksin sedang diteliti - Radzi Jidin

Fareez Azman
Fareez Azman
12/09/2021
09:50 MYT
Pengoperasian sekolah: Penugasan guru tidak divaksin sedang diteliti - Radzi Jidin
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin memaklumkan bahawa pihaknya sedang meneliti penugasan kepada guru-guru yang tidak menerima vaksin. Gambar: BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan akan meneliti satu per satu kes guru-guru tidak menerima vaksin COVID-19.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, ia termasuk pendekatan sesuai seperti Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR).
"Perlu diingat, (berkenaan) guru yang divaksin, rekod kita ada sekitar 2,500 (guru) sahaja.
"Jadi kita sedang melihat apakah tugasan yang akan kita berikan kepada guru-guru ini, kerana jumlahnya tidak ramai.
"Maka, tugas untuk mereka kita akan tetapkan termasuklah dalam konteks PdPR dan sebagainya, kerana situasinya berbeza," katanya dalam Sidang Media Pengoperasian Sekolah pada Ahad.
BACA: 2,500 guru enggan divaksin tidak dibenar mengajar secara bersemuka - Radzi
Tambah Radzi, ada guru-guru di sekolah yang telah selesai mengambil vaksin, namun ada juga (sekolah) yang hanya ada beberapa orang guru yang tidak dapat mengambil vaksinasi.
"Ada sekolah yang semua cikgu sudah divaksin, ada yang dua orang tak mahu divaksin. Jadi kita ambil kira dan teliti satu per satu kes ini untuk kita lihat pendekatan sesuai," katanya lagi.
BACA: Khairy akan bincang dengan KPM wajibkan vaksinasi untuk guru
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Pendidikan
#pendidikan
#pengajaran dan pembelajaran
#sekolah
#vaksin
#Guru tidak divaksin
#Pendekatan
#Radzi Jidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan