awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy akan bincang dengan KPM wajibkan vaksinasi untuk guru

Bernama
Bernama
03/09/2021
15:13 MYT
Khairy akan bincang dengan KPM wajibkan vaksinasi untuk guru
Khairy berkata mandat sama ada vaksinasi akan diwajibkan ke atas golongan itu atau sebaliknya mempunyai implikasi perundangan yang tersendiri. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Pendidikan Datuk Radzi Jidin mengenai mandat vaksinasi untuk guru.
Beliau berkata mandat sama ada vaksinasi akan diwajibkan ke atas golongan itu atau sebaliknya mempunyai implikasi perundangan yang tersendiri.
"Saya perlu mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Pendidikan (KPM). Terdapat juga implikasi perundangan, jadi pihak kami perlu berbincang dengan Menteri Pendidikan mengenai mandat ini sama ada ia boleh diwajibkan," katanya dalam temu bual khas di Kementerian Kesihatan hari ini.
Terdahulu, Radzi berkata KPM telah menetapkan bahawa guru yang enggan divaksin tidak akan dibenar berinteraksi dengan pelajar secara bersemuka apabila sekolah dibuka pada 3 Okt bagi memastikan ekosistem sekolah adalah selamat untuk pelajar.
BACA: 2,500 guru enggan divaksin tidak dibenar mengajar secara bersemuka - Radzi
Beliau berkata masih terdapat seramai 2,500 guru yang tidak divaksin manakala sejumlah 96.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 85.26 peratus sudah melengkapkan dua dos suntikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksinasi
#guru
#Menteri Kesihatan
#Khairy Jamaluddin
#KPM
#Kementerian Pendidikan
#Radzi Jidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan