PUTRAJAYA: Ibu bapa yang memutuskan untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah apabila ia kembali dibuka 3 Oktober ini tidak akan dianggap telah melakukan kesalahan disiplin dan tiada surat amaran akan dikeluarkan.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memahami tentang kegusaran pihak penjaga, ekoran penularan COVID-19 di negara ini.
Namun, jelasnya lagi, biarpun tiada surat amaran, pihak ibu bapa dan penjaga masih perlu menulis surat tentang ketidakhadiran jagaan mereka, bagi tujuan rekod pentadbiran sekolah.
“Tak hadir tak apa..kami tak akan hantar surat amaran tetapi ibu bapa (dan penjaga) perlu menulis surat penjelasan kepada pihak sekolah dan kaedah ini akan digunapakai sehingga hujung tahun ini.
“Kalau ibu bapa rasa tak selamat, takut (anak-anak dan jagaan) kena denda, tak perlu risau, kerana kami tak akan ambil tindakan displin, tapi perlu ditulis surat.
"Ini merupakan satu keseimbangan yang kita gunakan, dalam kita cuba membawa anak-anak kembali ke sekolah, dan pada yang masa, kita mengambil kira kerisauan mereka,” katanya dalam Sidang Media – Pengoperasian Sekolah, di Putrajaya hari ini.
Namun, Radzi berkata, apa yang penting untuk Kementerian ialah mengembalikan semula murid-murid setiap lapisan ke sekolah dalam keadaan yang selamat, serta memastikan mereka tidak terus keciciran akibat pandemik yang melanda negara ini.
Firdaus Azil
Sun Sep 12 2021
Namun, Radzi berkata, apa yang penting untuk Kementerian ialah mengembalikan semula murid-murid setiap lapisan ke sekolah dalam keadaan yang selamat. - Foto BERNAMA
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Ramadan bukan alasan aktiviti minggu pertama persekolahan tidak boleh dilaksana - KP Pendidikan
Hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) melalui aktiviti minggu pertama adalah untuk melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.
Banjir: KPM teliti penangguhan sekolah berdasarkan kapasiti terjejas - Radzi Jidin
Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti keperluan bagi mana-mana sekolah menangguhkan sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022, berdasarkan kapasiti premis yang terjejas akibat banjir.
Pengoperasian sekolah: Tak hadir tak apa, tapi perlu ada surat penjelasan - Radzi Jidin
Biarpun tiada surat amaran, pihak ibu bapa dan penjaga masih perlu menulis surat tentang ketidakhadiran jagaan mereka, bagi tujuan rekod pentadbiran sekolah.
Radzi bincang pembukaan semula sekolah dengan wakil PIBG di Labuan
Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin mengadakan siri pertama perbincangan bersemuka dengan wakil PIBG sekolah menengah dan rendah di Labuan, mengenai pembukaan sesi persekolahan pada 3 Okt depan.
Sekolah akan tetap dibuka 3 Oktober - Menteri Pendidikan
Bagaimanapun, sesi berkenaan tidak akan melibatkan negeri-negeri yang masih berada di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Vaksin guru secepat mungkin, sebaiknya sebelum sekolah dibuka
Giliran itu perlu tiba selepas petugas barisan hadapan, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
Sekolah di Sibu guna sistem penggiliran mulai Isnin
Semua sekolah rendah dan menengah di Daerah Sibu akan memulakan sistem penggiliran kelas bermula esok bagi mengekang penularan COVID-19 di sekolah.
Selamat kembali ke sekolah, jangan lupa patuh SOP
Pembukaan ini diyakini berjalan lancar berpandukan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Buka sekolah: Guru, ibu bapa kerjasama pastikan sekolah bersedia
Menurut Pengetua Sekolah, Gunalan Tony, persiapan itu penting bagi memastikan hari pertama persekolahan yang bermula 24 Jun ini berjalan lancar dengan tatacara penjarakan sosial yang ditetapkan.
NUTP cadang sekolah rendah dibuka seawalnya hujung September
Beliau berkata NUTP yakin, guru-guru akan melipatgandakan usaha bagi memastikan ilmu yang diterima sama tarafnya walaupun sekolah ditutup selama tiga bulan.