awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penguasaan bahasa Inggeris penting hadapi era siber

Bernama
Bernama
24/10/2018
21:29 MYT
Penguasaan bahasa Inggeris penting hadapi era siber
Manyin menggesa ibu bapa supaya menggalakkan anak-anak mengikuti pendidikan TVET kerana mereka yang terlatih dalam bidang itu dijangka mendapat permintaan tinggi dalam masa lima hingga tujuh tahun akan datang. - Gambar fail
Penguasaan bahasa Inggeris sangat penting bagi menghadapi dunia yang terhubung melalui alam siber, kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Datuk Seri Michael Manyin.
Beliau berkata banyak lepasan universiti tidak mendapat pekerjaan kerana tidak mampu membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris, terutama mereka daripada jurusan sains sosial.
Justeru, Manyin menggesa pelajar di negeri ini, sama ada yang sedang menuntut di peringkat sekolah menengah atau universiti supaya mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris bagi memastikan mereka mendapat tempat di pasaran pekerjaan.
"Sekiranya anda hanya mampu menguasai bahasa Melayu, anda hanya akan mendapat pekerjaan di jabatan dan agensi kerajaan tetapi jika anda boleh menguasai bahasa Inggeris, anda juga akan diambil bekerja oleh syarikat multinasional," katanya pada majlis penutup Hari Terbuka Kolej Vokasional Kuching 2018 di sini pada Rabu.
Sehubungan itu, beliau menggesa ibu bapa supaya menggalakkan anak masing-masing memasuki sekolah vokasional untuk mengikuti pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) kerana mereka yang terlatih dalam bidang itu dijangka mendapat permintaan tinggi dalam masa lima hingga tujuh tahun akan datang dan mendapat gaji lebih tinggi, berbanding mereka bekerja dengan jabatan atau agensi kerajaan.
"Hari ini, seseorang itu dibayar gaji berdasarkan CV yang menarik (memiliki ijazah sarjana muda dan sarjana), tapi pada masa akan datang, seseorang itu akan diberi gaji berdasarkan kemampuannya menyumbang kepada organisasi," kata beliau.
Manyin berkata sektor pendidikan Malaysia masih berada dalam Revolusi Industri 2.0, sedangkan negara lain sudah berada dalam Revolusi Industri 4.0.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agensi kerajaan
#alam siber
#bahasa Inggeris
#Bahasa Melayu
#gaji
#lepasan universiti
#Menteri Sarawak
#Michael Manyin
#pasaran pekerjaan
#pelajar
#pendidikan
#permintaan
#revolusi industri
#sains sosial
#sekolah
#Syarikat multinasional
#TVET
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan