awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penguat kuasa cedera diserang semasa keluarkan kompaun

Sinar Harian
Sinar Harian
02/11/2023
10:58 MYT
Penguat kuasa cedera diserang semasa keluarkan kompaun
Penguat kuasa berkenaan juga ditolak dan terjatuh atas motosikalnya. - Gambar/ Sinar Harian
BATU PAHAT: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan dakwaan menghalang anggota penguatkuasaan yang mengeluarkan kompaun terhadapnya atas kesalahan parkir di Jalan Flora, Taman Flora di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima aduan daripada penguat kuasa Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) pada jam 3.50 petang.
"Kejadian itu berlaku pada jam 11 pagi semasa penguat kuasa berkenaan sedang mengambil tindakan kompaun atas kesalahan tidak memiliki kupon parkir semasa meletak kenderaan.
"Lelaki berusia 33 tahun itu kemudian menghalang dan menyerang penguat kuasa daripada mengeluarkan kompaun," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, penguat kuasa berkenaan juga ditolak dan terjatuh atas motosikalnya, namun pergaduhan tersebut dileraikan orang awam yang berada di tempat kejadian.
Katanya, kedua-dua pihak mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.
Menurut Ismail, kes disiasat di bawah 186 dan 153 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam.
"Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.
"Polis menasihatkan semua pihak mematuhi peraturan jalan raya serta tidak beremosi dalam apa juga keadaan sehingga membabitkan diri dalam kesalahan jenayah.
"Orang ramai perlu menghormati tindakan pihak penguat kuasa undang-undang dalam menjalankan tugasnya," kata beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#video tular
#serang penguat kuasa
#Batu Pahat
#kompaun parking
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan