awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penguatkuasaan semula Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen lebih demokratik

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/09/2021
09:16 MYT
Penguatkuasaan semula Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen lebih demokratik
Jufitri berkata, Malaysia boleh mengekstrak model-model negara luar seperti Australia, Kanada, New Zealand dan United Kindom serta diadun dengan kandungan tempatan bagi menepati piawaian antarabangsa. - Bernama
KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan semula Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen dilihat menyumbangkan kepada nilai-nilai yang lebih demokratik kepada pengasingan kuasa di Malaysia.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha berkata, dengan ini tiga badan utama yang membentuk pentadbiran negara boleh bergerak secara bebas tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
"Ketiga-tiga badan utama yang membentuk pentadbiran negara sama ada Parlimen, Kehakiman dan Eksekutif boleh bergerak secara bebas tanpa dipengaruhi mana-mana pihak," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Jufitri memberitahu, rakyat sendiri ingin melihat Parlimen mempunyai autonomi dan mempunyai pentadbiran yang tidak diganggu serta dapat menjalankan tugas secara efektif serta demokratik.
Dalam pada itu, katanya, MBM menyokong penuh usaha Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk mengembalikan Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen yang dimansuhkan pada 1992.
Katanya, Malaysia juga boleh mengekstrak model-model negara luar seperti Australia, Kanada, New Zealand dan United Kindom (UK) serta diadun dengan kandungan tempatan bagi menepati piawaian antarabangsa.
Antaranya, Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen memberi kebebasan kepada Parlimen serta mengembalikan peruntukan berhubung perkhidmatan Parlimen dalam Perkara 65 Perlembagaan Persekutuan, iaitu sumber kuasa bagi penggubalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen.
Topic Berkaitan
#undang-undang
#Parlimen
#Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan