KOTA BHARU: Dua ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM849,484.35.
Muhammad Semail, 43, berdepan lima pertuduhan memiliki tanah di Kampung Kuala Rekan serta Tiang Layar dan Kampung Alor Pulai dalam jajahan Bachok dan Kampung Gong Kulim di jajahan Pasir Puteh bernilai RM580,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok serta Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh di antara 23 Mac 2015 dan 12 Sept 2020.
Abu Yazid Mohd, 38, pula didakwa memiliki wang tunai RM269,484.35 dalam akaun Bank CIMB Berhad di Cawangan Jalan Maju di sini pada 1 Julai 2021 yang juga merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) serta boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun, denda lima kali hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Nik Hasline Hashim manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohd Shukri Ahmad Mansor.
Terdahulu, Nik Hasline memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur agar prosidingnya dapat berjalan serentak dengan pertuduhan yang mereka hadapi sebelum ini.
Hakim Zaman Mohd Noor membenarkan kedua-dua tertuduh mengguna pakai ikat jamin yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini selain kes itu dipindahkan ke mahkamah berkenaan.
Pada 10 Mac lepas, mereka antara lima individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 81 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit berhubung sindiket sama.
Kedua-dua ahli perniagaan itu juga adalah antara empat individu yang berdepan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit berhubung Pas Lawatan Kerja Sementara di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 11 Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 14 2022
Kedua-dua ahli perniagaan itu juga adalah antara empat individu yang berdepan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit berhubung PLKS di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 11 Mac lepas. - Gambar hiasan
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Jabatan Imigresen tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen
Jabatan Imigresen Malaysia menahan empat lelaki warga asing dipercayai terlibat dengan sindiket pemalsuan dokumen dalam operasi khas di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, semalam.
MyEG sambung semula pembaharuan PLKS dalam talian untuk pekerja asing
MY E.G. Services Bhd mengumumkan pembaharuan dalam talian Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja asing akan disambung semula pada 15 Januari 2024.
Imigresen Johor tahan 120 warga asing disyaki tiada dokumen perjalanan sah
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 120 lelaki warga asing selepas disyaki gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa
PLKS bagi sub sektor tekstil, tukang gunting, dan tukang emas dilanjutkan
Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja asing untuk tiga subsektor iaitu tekstil, tukang gunting dan tukang emas, dilanjutkan selama tiga bulan lagi sehingga 15 Jun ini.
Menteri KDN diminta pertimbang lanjut PLKS dalam tiga subsektor
Sivakumar berkata beliau telah berbincang dengan Saifuddin Nasution mengenai lanjutan masa pemegang PLKS dalam tiga subsektor.
Bayaran PLKS kru nelayan warga asing dikurangkan - DOF
Kadar bayaran PLKS bagi kru nelayan asing dikurangkan kepada RM320 seorang untuk sektor pertanian bagi tempoh enam bulan pertama.
Pengubahan wang haram: Dua ahli perniagaan didakwa lagi
Dua ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM849,484.35.
Lima individu termasuk 'Datuk' didakwa berhubung pengubahan wang haram jutaan ringgit
Didakwa atas 81 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit berhubung sindiket pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
Pengusaha bot nelayan laut dalam rayu tangguh pelaksanaan PLKS
Golongan nelayan terutamanya nelayan Bumiputera terkesan dengan kos pelaksanaan PLKS.
Syarat sertai program RTK dilonggarkan
Ia dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia pada 26 Okt lepas.