awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengubahan wang haram RM13 juta: Bekas pengarah urusan didakwa

Astro Awani
Astro Awani
16/02/2016
05:07 MYT
Pengubahan wang haram RM13 juta: Bekas pengarah urusan didakwa
Harzani (depan, kiri) mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan, masing-masing satu di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. - Foto sumber SPRM
Bekas Pengarah Urusan Tanjung Offshore Berhad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan yang berkaitan dengan transaksi jual beli ekuiti saham sebuah syarikat bernilai lebih RM34 juta tiga tahun lalu.
Datuk Harzani Azmi, 49, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan, masing-masing satu di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam satu kenyataan media memaklumkan Di bawah Seksyen 366 (1)(a) Akta Syarikat 1965, Harzani didakwa mengemukakan kepada Lembaga Pengarah Tanjung Offshore Berhad satu kertas cadangan bertajuk "Proposed Acquisition of Remaining Shares In Gas Generators (M) Sdn Bhd mengenai pembelian 49 peratus saham Gas Generators (M) Sdn Bhd.
Saham berkenaan yang dimiliki Appolusa Sdn Bhd disebut pada harga RM34.3 juta, sedangkan nilai saham tersebut adalah tidak benar.
Ia melebihi nilai sebenar yang mana bertujuan mendorong ahli Lembaga Pengarah Tanjung Offshore Berhad memasuki "Share Sale Agreement Between Appolusa Sdn Bhd dan Tanjung Offshore Berhad" bertarikh 21 Oktober 2013 untuk pembelian 49 peratus saham Gas Generator (M) Sdn Bhd.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 10 pagi, 21 Oktober 2013 di Bilik Mesyuarat Pejabat Tanjung Offshore Berhad, Wisma UOA, Damansara, Kuala Lumpur.
Pertuduhan di bawah Seksyen 366 (1)(a) Akta Syarikat 1965, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya.
Dalam pada itu, Harzani didakwa mengarahkan firma guaman Mathews Hun Lachimanan memindahkan wang berjumlah RM13.3 juta dari Clients Account di Standard Chartered Berhad milik Mathews Hun Lachimanan kepada Client Trust Account milik Kenanga Investment Bank Berhad di Standard Chartered Berhad.
Harzani didakwa melakukan kesalahan itu di 10-3, Batu 3, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, antara 14 dan 27 November 2013.
Pertuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun.
Hakim Mohd Nasir Nordin membenarkan jaminan sebanyak RM200,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport beliau kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 23 Mac 2016 untuk sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#Bekas Pengarah Urusan
#Harzani Azmi
#pengubahan wang haram
#Tanjung Offshore Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan