awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengubahan wang haram: SPRM tahan penganjur konsert terkenal

Astro Awani
Astro Awani
25/07/2023
11:16 MYT
Pengubahan wang haram: SPRM tahan penganjur konsert terkenal
Setakat pukul 6 petang Selasa, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan SPRM berhubung penahanan lelaki itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat produksi yang membawa bintang tersohor India, Rajinikanth pada 2015, untuk penggambaran filem Kabali di Malaysia dipercayai ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung pengubahan wang haram.
Penahanan itu disahkan sumber kepada Astro AWANI pada Selasa.
Suspek berusia awal 40-an yang dikenali Datuk Malik itu ditahan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Setakat pukul 6 petang Selasa, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan SPRM berhubung penahanan lelaki itu.
Namun difahamkan, suspek sedang diambil keterangan berhubung beberapa kes yang mengaitkan dirinya.
Suspek juga dikatakan aktif membawa masuk pengarah muzik popular dari India seperti Yuvan Shangkar Raja dan Harris Jayaraj untuk mengadakan konsert di Malaysia.
Baru-baru ini suspek juga dikatakan mengundang pelakon Yash yang menempa nama dalam filem blockbuster KGF untuk perasmian salah satu premisnya di ibu negara.
Topic Berkaitan
#Datuk Malik
#SPRM
#pengubahan wang haram
#penganjur konsert tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan