awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengumuman pelaburan tambahan Infineon selaras gagasan Ekonomi Madani - PM

Astro Awani
Astro Awani
03/08/2023
14:11 MYT
Pengumuman pelaburan tambahan Infineon selaras gagasan Ekonomi Madani - PM
Perdana Menteri mengulas berkaitan perkembangan terbaharu Infineon yang berhasrat meningkatkan kemudahannya di Kulim, Kedah untuk membina loji fabrikasi kuasa silikon karbida. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengumuman pelaburan tambahan sehingga 5 bilion Euro oleh Infineon Technologies AG (Infineon) selaras dengan gagasan Ekonomi Madani yang mensasarkan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keyakinan syarikat itu mencerminkan kedudukan Malaysia yang penting dalam rantaian bekalan semikonduktor global.
"Saya mengalu-alukan pengumuman pelaburan daripada Infineon yang telah membuktikan kepercayaan mereka terhadap Malaysia.
"Pengumuman ini adalah lanjutan daripada perbincangan saya dengan pihak syarikat Dr Rutger Wijburg, Ketua Pegawai Operasi (Infineon) pada 24 Julai 2023," katanya.
Perdana Menteri mengulas berkaitan perkembangan terbaharu Infineon yang berhasrat meningkatkan kemudahannya di Kulim, Kedah untuk membina loji fabrikasi kuasa silikon karbida (SiC) 200-milimeter (mm) terbesar di dunia dengan pelaburan baharu tersebut untuk dalam tempoh lima tahun akan datang.
Sejak lima dekad yang lalu, Infineon telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab penting dalam pembuatan fabrikasi wafer di Kulim dan melaksanakan aktiviti pembungkusan cip semikonduktor di Batu Berendam, Melaka.
"Ia menjadi pelengkap kepada Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu iaitu untuk menarik pelaburan berteknologi tinggi dan bernilai tinggi bagi menyokong ekonomi global dan domestik," kata Anwar.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#ekonomi madani
#Membangun Malaysia Madani
#Infineon Technologies AG
#Infineon
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan