KUALA LUMPUR: Pengumuman rasmi berhubung tarikh sebenar Hari Raya Aidiladha akan dibuat hari ini.

Penetapan tarikh Aidiladha ini akan dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas sesi pencerapan oleh panel falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada petang ini.

Setakat ini, tarikh perayaan itu masih kekal seperti diwartakan dalam takwim rasmi kerajaan iaitu pada 10 Julai depan.

Ketika ini terdapat sejumlah 29 tempat cerapan diwartakan oleh Majlis Raja-Raja di seluruh negara sejak 2011 yang ditugaskan bagi melihat kesemua 12 anak bulan Hijri sepanjang tahun.