awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengundi digesa patuhi SOP PRK Chini

Astro Awani
Astro Awani
03/07/2020
07:45 MYT
Pengundi digesa patuhi SOP PRK Chini
Setiap pengundi perlu memastikan penjarakan sosial dan sentiasa memakai topeng muka bagi mencegah penularan COVID-19. - Foto BERNAMA
Orang ramai yang akan mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini esok diingatkan agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang menjalankan tanggungjawab itu.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam keadaan normal baharu ketika ini, setiap pengundi perlu memastikan penjarakan sosial dan sentiasa memakai topeng muka bagi mencegah penularan COVID-19.
"Esok merupakan hari mengundi pertama bagi PRK Chini. Ini PRK pertama sejak wabak COVID19. Namun walau ada SOP dikeluarkan iaitu SOP ketat dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), namun ia tidak bermakna tanggungjawab sebagai pengundi tidak dapat dilaksanakan.
"Pengundi diseru untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dan oleh itu keluarlah mengundi. Pengundi luar juga disaran untuk keluar ke kampung halaman mereka bagi menunaikan tanggungjawab ini. Namun dalam normal baharu penjarakan sosial serta pelitup muka perlu jadi amalam mengundi terutama di kawasan sesak," katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
Tambahnya, menjaga kepentingan dan keselamatan diri perlu diamalkan demi kesejahteraan semua pihak.
"Oleh itu, kepada pengundi Chini selamat mengundi. Untuk menjaga keselamatan, amalkan kawalan kendiri untuk kekal selamat,"ujarnya.
PRK DUN Chini diadakan susulan kematian Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung selepas terjatuh dan mengalami sesak nafas di Bangsar, 7 Mei lalu.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#keselamatan
#koronavirus
#Media
#menteri
#operasi
#penjarakan sosial
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#SOP
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan