IPOH: Satu kejadian kebakaran berlaku di pasar raya besar Mydin di Manjoi, Ipoh malam ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad memaklumkan, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 7.09 malam.
Sabarodzi berkata, satu pasukan bomba dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dikejarkan ke tempat kejadian.
"Bomba mendapat panggilan menyatakan terdapat asap di bilik suis Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum berlaku kebakaran di tingkat atas," katanya.
Beliau berkata setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat dan pasukan bomba masih berusaha memadam kebakaran.
Kebakaran dikatakan bermula di tingkat dua premis perniagaan berkenaan sekitar jam 6.45 petang tadi.
Kejadian disedari orang ramai selepas bekalan elektrik terputus diikuti bunyi loceng penggera kebakaran.
Menurut maklumat awal kira-kira 40 pekerja dengan lebih 200 pengunjung berada di dalam pasar raya Mydin Manjoi berkenaan bagi membuat persiapan akhir persekolahan dan menyambut Ramadan.
Kesemua pekerja dan pengunjung sempat mengosongkan premis sebelum api mula marak di tingkat dua bangunan yang menempatkan seksyen pakaian, barangan elektrik dan keperluan harian.
Astro Awani
Sun Mar 10 2024
Satu kejadian kebakaran berlaku di pasar raya besar Mydin di Manjoi, Ipoh malam ini. - Foto Sinar Harian
Niaga AWANI: Keyakinan pengguna Indonesia meningkat, akan kekal atau surut?
Indeks keyakinan pengguna di Indonesia meningkat mendadak pasca lebaran dan pilihan raya. Namun adakah ia akan kekal atau akan adakah dasar yang akan menolak turun indeks itu? Dr Fithra Faisal Hastiadi terangkan realiti sebenar.
Data & Statistik: Indeks keyakinan pengguna Indonesia, April 2024
Mencapai tahap tertinggi sejak Mei 2023, keyakinan pengguna Indonesia setakat April 2024 melonjak kepada 127.7, selepas lebih banyak pergerakan pada Februari (123.1) dan Mac (123.8).
Ratusan tebuan 'serang' tentera Israel
Insiden 'amukan tebuan' itu berlaku ketika operasi disertai Briged Divisyen Selatan di sempadan wilayah Gaza.
Remaja rentung terperangkap dalam asap tebal
Mayat mangsa berusia 15 tahun ditemukan di bahagian tingkat bawah rumah yang terbakar.
Media cetus minda masyarakat kreatif dan kritis - Aminuddin
Media berperanan menjadi wadah pencetus pembentukan minda masyarakat ke arah lebih kreatif dan kritis.
Belakan elektrik terputus di Mexico akibat gelombang haba
Cuaca panas yang teruk menyebabkan sistem bekalan elektrik terputus yang berlangsung selama beberapa jam di sejumlah kawasan Mexico.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
DBKL diarah segera tebang pokok berisiko tinggi.
Kes batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan.
Akaun Fleksibel: Pencarum serbu pejabat KWSP hingga kaunter ditutup.
DBKL diarah segera tebang pokok berisiko tinggi.
Kes batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan.
Akaun Fleksibel: Pencarum serbu pejabat KWSP hingga kaunter ditutup.
PM Anwar bertemu ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Qatar
Perdana Menteri sampaikan ucapan takziah kepada Ismail yang kehilangan ahli keluarga dalam pengeboman kejam rejim Zionis.
AWANI Ringkas: Lawatan Qatar buahkan hasil | Persefahaman rakan gabungan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Warga Israel punggah, selerak bantuan untuk Gaza
Mereka bertindak kejam menaburkan bungkusan makanan di jalan raya, bagi menghalang bantuan itu dinikmati warga Palestin.
Pasar raya Mydin di Manjoi terbakar
Kebakaran dikatakan bermula di tingkat dua premis perniagaan berkenaan sekitar jam 6.45 petang tadi.