NATIONAL
Pengurangan cukai M40 mampu rancakkan perbelanjaan domestik - Penganalisis
Kesihatan ekonomi negara bergantung kepada kelancaran aliran perbelanjaan, kata Pengarah Strategi KRA Group Amir Fareed Rahim. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pemotongan dua peratus cukai pendapatan untuk menambahkan duit poket rakyat golongan M40 dapat menggalakkan kumpulan berpendapatan pertengahan itu untuk lebih berbelanja.
Penganalisis Amir Fareed Rahim berkata, golongan M40 terhimpit antara dua kelas pendapatan, iaitu antara golongan berpendapatan tinggi yang selesa dan golongan berpendapatan rendah yang sering diringankan bebanannya dengan pelbagai bantuan.
“Pasca pandemik dalam proses pemulihan ini, golongan yang banyak terkesan adalah bukan sahaja B40, kerana B40 memang mendapat banyak bantuan.
"Tetapi, M40 ini yang terkesan, terutama sekali yang kelompok bawah dalam kelas tersebut.
“M40 itu pun sekarang ini juga dianggap tergolong dalam B61, atau menurut kajian Institut Khazanah, 70 peratus rakyat Malaysia adalah ‘vulnerable’ (rapuh),” kata Pengarah Strategi KRA Group itu.
Menurut Amir Fareed, ekonomi negara digerakkan dengan aliran perbelanjaan. Sehubungan itu, jika lebih ramai yang berbelanja, semakin berkembang pendapatan negara.
Dua tahun pandemik COVID-19 telah menyekat aliran ini sekali gus merosotkan kesihatan ekonomi seluruh dunia termasuk Malaysia, tambahnya.