Pengurangan waktu bekerja dalam sehari tidak menjamin peningkatan produktiviti, dan terdapat faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi produktiviti pekerja.
Pensyarah Kanan Bidang Psikologi Industri dan Organisasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Fatimah Wati Halim berpendapat, produktiviti di tempat kerja tidak bergantung kepada masa atau jam bekerja yang diperuntukkan, tetapi ia lebih diukur melalui kecekapan seseorang itu bekerja, sejauh mana cara kerjanya berkesan dan sikap positif yang diambil terhadap sesuatu kerja.
Tambah beliau, seseorang pekerja harus bijak dalam mengurus masanya bagi memastikan mereka dapat mencapai keseimbangan antara diri, keluarga dan juga kerjanya.
"Jika bijak mengurus masa, sudah pasti pekerja tersebut dapat mencapai keseimbangan antara kehidupan dan kerjanya," kata Dr Fatimah Wati.
Apabila diminta untuk mengulas kajian yang dilakukan di negara Eropah seperti Sweden yang menunjukkan peningkatan produktiviti yang signifikan selepas dikurangkan masa bekerja seharian, Dr Fatimah Wati berkata sistem bekerja di sana amat berbeza jika dibandingkan dengan di Malaysia.
Jelas beliau, bagi negara yang sedang membangun seperti Malaysia, sudah menjadi keperluan bagi pekerja untuk meluangkan masa yang lebih untuk bekerja bagi mereka yang sudah berada di negara maju.
Namun, Dr Fatimah Wati menekankan kepentingan pengamalan fleksibiliti dari segi waktu bekerja yang harus dipersetujui di antara pekerja dan majikan.
"Contohnya, jika kita dikehendaki menyumbang sebanyak 40 jam seminggu kepada organisasi, kita dahulukan mana yang penting pada hari-hari tertentu, misalnya hal-hal kecemasan melibatkan keluarga dan menebus balik waktu yang tertinggal pada hari-hari yang lain," kata Dr Fatimah Wati.
Baginya, perkara ini yang wajar diberi perhatian kerajaan dan majikan dalam hal-hal berkaitan produktiviti pekerja.
Pandangan sama turut disuarakan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dalam hal ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shamsuddin Bardan berkata jika undang-undang dapat dinilai semula pihak kerajaan, sudah pasti majikan dan pekerja dapat berunding untuk mewujudkan situasi menang-menang.
Beliau mengambil contoh situasi di mana pekerja yang bersetuju untuk bekerja selama 12 jam sehari hanya perlu bekerja selama empat hari seminggu.
"Semuanya boleh dicapai sekiranya fleksibiliti ini dapat diwujudkan di mana buat masa ini ia tidak boleh dilaksanakan kerana kekangan undang-undang," jelas Shamsuddin.
Beliau juga menyentuh soal peningkatan kos yang terpaksa dipikul majikan sekiranya bilangan jam bekerja dalam sehari dikurangkan.
"Kita harus ingat bahawa jika bilangan jam bekerja dikurangkan, misalnya kepada enam jam sehari, namun, gaji bulanan tetap sama.
"Ini akan mengakibatkan peningkatan kos kepada pihak majikan," kata Shamsuddin.
Jelasnya, pengurangan waktu bekerja boleh dilakukan apabila golongan pekerja di Malaysia telah mencapai satu tahap produktiviti yang tinggi.
"MEF tidak menolak cadangan ini secara sepenuhnya. Ia boleh dilaksanakan tetapi bukan pada masa ini," kata Shamsuddin.
Hafiz Marzukhi
Thu Sep 01 2016
Produktiviti di tempat kerja tidak bergantung pada masa atau jam bekerja yang diperuntukkan. - Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Akademik, pengalaman dan bakat tingkat kualiti industri kreatif negara - CACE UUM
Kombinasi pengetahuan akademik, pengalaman dan bakat adalah formula terpenting untuk membantu meningkatkan kualiti penghasilan produk dalam industri kreatif tanah air.
Enggan keluar daripada zon selesa antara faktor siswazah menganggur
Sikap memilih pekerjaan dan enggan keluar daripada 'zon selesa' dikenal pasti antara punca ramai siswazah masih gagal mendapat sebarang pekerjaan walaupun telah lama menamatkan pengajian.
Malaysia tawarkan keseimbangan hidup dan kerja yang lebih baik, kata ekspatriat
Hampir 27,000 ekspatriat dari 190 negara berkongsi idea dan pengalaman hidup mereka melalui laporan 2016 Expat Explorer yang bertajuk 'Achieving Ambitions Abroad'.
Pengurangan jam bekerja tidak menjamin produktiviti - Pakar
Seseorang pekerja harus bijak dalam mengurus masanya bagi memastikan mereka dapat mencapai keseimbangan antara diri, keluarga dan juga kerjanya.