awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurangan tempoh Pinjaman Sara Hidup ringankan beban peneroka Felda - Idris

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
17/02/2022
06:18 MYT
Pengurangan tempoh Pinjaman Sara Hidup ringankan beban peneroka Felda - Idris
Jelas Idris, jumlah hutang dalam kalangan peneroka berlaku berikutan salah faham bahawa Pinjaman Sara Hidup diberikan secara percuma - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Pengurangan tempoh Pinjaman Sara Hidup daripada 96 bulan kepada 48 bulan kepada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mampu meringankan beban hutang yang ditanggung oleh kumpulan itu.
Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh berkata penambahbaikan dalam pengurusan sedang dilakukan bagi proses pembangunan agensi tersebut termasuk melibatkan pemansuhan 80 peratus hutang peneroka.
Jelas beliau, jumlah hutang dalam kalangan peneroka berlaku berikutan salah faham bahawa Pinjaman Sara Hidup diberikan secara percuma.
"Hutang ini bukan satu yang baharu, ia sejak 10 atau 20 tahun lalu.
"Felda dulu kita tanam semula dan masa tanam semula (Felda) beri (pinjaman) sara hidup. Wang sara hidup mula-mula sampai empat tahun, ada sampai lapan atau 10 tahun (meningkatkan hutang peneroka).
"Jadi sekarang ini, kita tak berikan (pinjaman) sara hidup selepas empat tahun dan hutang (mereka) berkurang," katanya dalam sidang media selepas Taklimat Media Mengenai Kejayaan Felda dan Hala Tuju Felda Baharu, di sini pada Khamis.
Mengenai pendapatan peneroka Felda pula, Idris berkata kebanyakan mereka dianggarkan meraih pendapatan purata antara RM7,000 dan RM8,000 sebulan berdasarkan harga minyak sawit mentah (CPO) semasa.
Ia sekali gus menafikan dakwaan bahawa pendapatan kumpulan peneroka masih berada di takuk lama.
"Memang ada yang dapat kurang daripada itu (kerana) individu ini menjual kebun mereka atau ada yang telah menggadai kebun.
"Mereka tak menguruskan tanah atau ia hanya sebagai sampingan tetapi asasnya kalau kita menguruskan (ladang) dengan baik, masih boleh dapat RM7,000 atau RM8,000 sebulan," ujarnya.
BACA: Pegangan saham Felda dalam FGV kini 82 peratus - Pengarah Besar
Peneroka FELDA raih RM7,000-RM8,000 sebulan - Idris Jusoh
Dalam pada yang sama, Idris berkata Felda menyasarkan sumbangan RM56 juta pada tahun ini menerusi Waqaf Felda.
Sebelum ini, kerajaan secara dasar bersetuju dengan cadangan Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion.
Topic Berkaitan
#Idris Jusoh
#hutang peneroka Felda
#Felda
#berita Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan